Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Showing posts with label My Point of View. Show all posts
Showing posts with label My Point of View. Show all posts

Monday, January 2

Cerita musolla orang perempuan


Hari ini selepas selesai urusan pendaftaran sekolah aku gi bandar. Bukak akaun tabung haji lepas tu pegi BP Mall. Sebelum pegi BP Mall, suami aku yang soleh tu pun ajak aku semayang Asar dulu sebab dah pukul 4.30. Sket lagi nk masuk waktu. Aku pon ok jelah. Masuk masjid, amik semayang pastu pakai telekung. Niat nk semayang tahiyatul masjid tapi masa aku letak beg aku dh terduduk. So aku duduk tunggu azan. X ramai orang lagi mase tu. Yelah, belum masuk waktu. Bile azan ramai yang masuk. Pastu masing2 terus semayang. xtgu pon imam. Xpelah. Itu derang punye pasal. Ish ape aku melalut neh.

Aku selalu semayang kat luar memandangkan memang selalu berada di luar rumah. X kira masjid, surau, bilik semayang, aku perhatikan banyak amalan kaum wanita yang sungguh annoying sebelum, semasa dan selepas semayang.

1)Bersembang dari mula bukak kasut sampai pakai kasut balik. Diam cume waktu semayang. Udah2 le tu cakap hal dunia. Ko ingat dunia ni ko yang punye??

2)Pilih-pilih telekung, pastu pisah-pisahkan kain dgn telekungnya kononnye nk cari telekung yang best. Pastu biarkan bergulung bersepah. Oi makcik, lenkali bawak telekung sendiri ah klw nak best sgt. Mcmlah telekung die kat rumah tu bersih sangat

3)Letak beg, tudung sebesar2 ruang (sebab takut renyuk)sampai orang lain nak semayang pon xde ruang.

4)Semayang kat saf belakang. Contoh kat RnR memang xpernah lagi aku jumpe perempuan berjemaah. Jadi apalah salahnya, yang masuk dulu tu semayanglah kat saf depan. neh semua semayang kat saf belakang. Dah gitu bukannye reti letak beg ke kat depan tempat sujud tu. Menyusahkan orang nak lalu lalang. Ape, ko ingat kalau ko semayang saf depan tu ade orang nak tepuk bahu ko jadi makmum ke??

5)Bile semayang berjemaah, xreti nak luruskan dan rapatkan saf. Bile kite rapat2 nnti die sound "ish jgnlah rapat sgt...panaslaa...." Lagi satu version plak semayang kat masjid yang ada pengunjung tetap kat situ. Siap marah2 lagi pasal tak sambung saf dngan die padahal kite neh rapatkan saf ke kanan, die xmau bergerak dari fave spot die pastu suruh lah kite rapat saf ke kiri. Aiyark!

6)Dah siap semayang, sibuk berbedak bertudung atas sejadah padahal ramai dah tunggu turn nk semayang. Mcmlah xleh buat kat tempat lain.

Kelakar plak kalau di ingat balik...org perempuan neh perangai macam2. Hahahaha...aku ketawakan spesies aku sendiri.....hahahaha



Pleasant listening :Bulan Ditutup Awan by Yuna
Pleasant watching :Master Chef Malaysia on Astro Rian

Friday, June 6

Let's Math!

What a disaster....

Top lines of the week --> petrol price hike 41% from the previous subsidised price. I'm not going to ask the significant reason for this hike but why all in a sudden. People are getting enough for food price hike and cost of living and now petrol, diesel, and also electricity tariff increament. Come on, give us a break! I'm not saying that those hike are absurd but at least give a few days for everyone to get ready before the execution. That easy!

The government had annouced of giving the subsidy by cash for the vehicle owner when they renew their road tax. They will be given 150 for motocycle and 625 for a car A YEAR! Ok, now lets calculate who will win this time. I've chosen a car for this case study.

A year consist of 52 week. I chose a week because most of us fill up the fuel once or twice a week.

RM 625 a year = RM 12.02 a week



The hike is RM 0.78 for a litre. So lets see how many litres they subsidised our fuel for a week.

RM 12.02 / RM 0.78 = 15.41 L



Now we calculate how much (before the hike) the maximum amount we pay in order to get that RM 625 enough for a year.

15.41 L x RM 1.92 = RM 29.59



That's mean that the new structur of subsidy only beneficial for those who spend less than RM 29.59 a week. Anybody? Unless they use lower than 1.3cc cars and travel less than 100 km a week.

I'm using Wira Aeroback 1.5. Before the price hike, in order to get the tank to full, I had to pay RM 54. My school is situated 60km away from my home. So I had to fill up the tank twice a week.

RM 54 x 2 = RM 108



Now lets see how much i have to pay after the hike

RM 0.78 / RM 1.92 = 41%
41% x RM 108 = RM 44.28
Total --> RM 108 + RM 44.28 = RM 152.28
Minus subsidy --> RM 152.28 - RM 12.02 = RM 140.26



Now we count my monthly expenses for fuel before and after the hike

Before --> RM 108 x 4.5 weeks = RM 486
After --> RM 104.26 x 4.5 weeks = RM 632



My fuel expenses will increase RM 144 a month rather than before??? This is really absurd. What expenses i had to cut off? Car loan? Education loan? Duit kopi for my mum and grannies? My saving for my wedding? Monthly allowance? Lu pikirlah sendiri.


Pleasant listening :No Air by Jordin Spark feat Chris Brown
Pleasant watching :Bulan Bertemu Matahari on TV2

Saturday, May 6

Pencen

Aku pun tak tau nak tulis ape. Yang pastinye, hidup aku sebagai seorang studentoz dah berakhir dengan berakhirnya exam Cosumer Chemistry semalam. Perasaan aku? Melayang...bulan menari...di atas angan...langit cintaku (hehehe...lagu Dewi Sandra laaaa....).

Yang pertama aku rase lega.
Hampir setahun aku melalui hidup yang paling hectic sepanjang bergelar pelajar. Hidup aku tak keruan. Aku terpakse lupekan aktiviti kesukanan aku. Aku tak concentrate pada study. Aku lipe pasal exam. Aku banyak baca jurnal. Aku banyak tensen!! Semua hanyalah kerana Projek Sarjana Muda atau name komersialnye tesis. Aku jadi obses pada Scinece Direct, pada lab, carbon nanotubes, tube furnace, methane, ethlyene, Ijima dan segala macam ikon dunia nanofibre. Sebenarnya pada detik ini pon derita aku blom berakhir. Masih ade lagi kerja yang belum selesai. Tesis masih belum diperbetulkan lagi utk hard cover. Prosiding masih belum dicantikkan lagi utk dipublish kat Buletin Kimia. Buku log tak lengkap lagi untuk disemak supervisor. PDF tak buat lagi utk dihantar pada penyelaras. Lega ini sebenarnye ditujukan kepada exam yang berakhir. Exam kali ini sangat bermasalah kerana aku ade banyak komitmen lain.(ini cerite Chem Nite yang akan ditulis lain kali). Legalaaa...exam dah abes. Barulah aku bleh sambung concentrate pada tesis aku.

Yang kedua sedih.
Aku adalah antara 30 orang terakhir yang amik paper kat UTM neh. Yang lain dah abeh paper awal. Jadi aku tak sempat nak jumpe kengkawan aku buat kali terakhir sebelum meninggalkan UTM neh disebabakan kesibukkan aku terhadap exam dan chemnite menyebabkan aku tak sempat nak berjumpe menyampaikan kata2 terakhir. Yang mane sempat jelah. Sedih aa lepas neh jumpe lagi pon waktu konvo nanti. Aku dah aa malas nak gi konvo. 3 tahun aku hidup ngan derang. Berkongsi rasa dan cerita yang sama walaupon tak bertegur sapa. Syahdu siot. Time cakap ngan Nage yang selama ni hai-hai-bye-bye je pon aku rase sayu. Aku akan selalu ingat. Kimia Industri batch 2002/2006 UTM. ------blues....-----

Yang ketiga kosong.
Walau perit macamana pun jadi studentoz, aku rase sangat bermakna. Segenap ruang kosong semuanya terisi dengan perkara2 yang amat bermakna. Itulah kehidupan aku. Berlari ke makmal, study gile2 masa nak exam, betapa kat PSZ cari info, print tesis, celebrate abes exam, aktiviti hilangkan tensen, semuanya sangat bermakna. Aku bakal melangkah pergi meninggalkan semua rutin aku dan masuk dalam cerita baru. Betapa ku perlu masa untuk memenuhi rutin aku yang berbeza. Adusss...kosong...

Kenapa kite slalu menghargai sesuatu bile ia mula hilang dari hidup kite?

Pleasant listening :Aku Tak Bisa by Slank
Pleasant watching :Nanny McPhee

Tuesday, April 18

Tik-tok-tik-tok

Aku memang agak particular tentang masa. Sesape yang berjanji ngan aku insya-allah takkan menunggu sebab aku datang awal. Kalau lambat ponn 5 minit camtu, tu ponn bersebab. Kalau korang datang lambat plak, stkt 15 minit aku boleh tunggu dengan cool. Masuk stgh jam aku dah start hangin. Lebih sejam, korang dinasihatkan jangan datang kalau rase nak hidup lame.

Kat bilik aku ade banyak jam. Tapi itu bukan sebab utama aku neh orang yang agak menepati masa. Aku ade 3 jam meja dan sebijik jam tangan. Takde sebijik pon aku beli kecuali jam tangan tu sebab sbnrnya jam tu hadiah bday kakak aku tp die x muat plak. Aku balun pakai walaupon aku tak suke pakai ape2 kat tangan kecuali choker aku yang dipotong mase aku accident dulu. Ade mcm btk jam meja kat bilik aku. Yang bentuk macam tayar backhoe tu Ctah hadiahkan mase bday aku thn lepas. Yang bentuk tapak kaki plak Jamie hadiahkan aku mase bday thn lepas gak. Yang berukir ayat Quran tu plak aku dapat hadiah mase 1st year aku jadi peserta terbaik mase camping. Dan yang terbaru aku dapat jam kayu siap dengan pen kayu skali. Tande harga xcabut lagi (RM49). Aku menang PEMBENTANG TERBAIK mase Minggu Simposium Projek Sarjana Muda (tesis daaa) minggu lepas. Selain dapat jam aku dapat sijil ngan buku nota fakulti. Sebenanye aku xbajet menang sebab aku bentang english tapi haha...rezeki namenye. Walaupon ramai kengkawan aku yang xberpuashati, aku pedulik hape. I deserve it! Seminggu aku berlatih, sape tau? Tapi frust gak bukak hadiah dapat jam. Aisey...jam lagi.

Aku betul2 tak paham, kenape aku slalu dapat hadiah jam. Mentang2 aku xde jam tangan(dulu laa), so derang bagi aku jam meja. Klw nak kira dari zaman sekolah, matrik sampai skrg, aku rase ade 10 bijik jam aku dapat. Boring siott.. Tapi nasib baik mase bday aku yg lepas cume 2 org tu aje yang x phm2 lagi, yang lain dah tau. jadi derang hadiahkan aku benda lain. Aku suke bende2 kace yang xterlalu fragile. Rase best...hahaha..

Tesis dah pon abess jadi barulah aku bleh study dengan tenang. 24 neh paper 1st. Doakan aku lepas. Aku nak grad!!!

P/S - Syam, citer bowling aku tulis skali ngan cerite Chem Nite nanti. Aku bz laaa.

Pleasant listening :Silent
Pleasant watching :My Future...hehehe

Wednesday, April 5

Pemudah Cara

Semalam aku pegi cari majalah Cosmopolitan. Dah 2-3 hari gak aku cari tapi tak dapat. Aku ingatkan tak sampai lagi rupenye dah abes. Nasib baik cari kat MPH ade. Bile balik tengok dalam plastik ade penande buku. MPH bagi sempena ulang tahun derang yang ke 100. Pastu bile selak2 mag tu dpr lg satu penanda buku dari Hugo Boss (minyak wangi) plak. Erk...

Aku sebenarnya tak pandai nak guna penanda buku walaupon aku gile membaca (tapi aku tak suke bace buku kimia). Kalau aku membaca dan perlu berhenti, aku akan berhenti pada page2 yang senang aku ingat macam 194 (nomak aku ms kat MRSM KT) ke, 276 (bday aku) ke, bab sekian2 ke xpon no2 cam 100, 200, 300. Jadi aku xperlu jd ‘org tu’ (sesape yg berkenaan jgn mrh) yg terjerit2 bile org lain terhilangkan tanda berhenti membaca derang.

Penanda buku tu orang takrifkan sebagai pemudah cara. Pemudah cara ini adalah sesuatu yang dicipta untuk memudahkan sesuatu. Sbg cnth, fail yang memudahkan kite membawa sebemban kertas dengan tersusun, blender utk mudahkan kite menghancurkan makanan ataupon gayung untuk cedok air dalam kuantiti yang kecil. Senang cakap pemudah cara ini dicipta untuk pengkhususan fungsi aa.

Tapi aku kurang gemar pemudah cara. Leceh. Satu barang untuk satu kegunaan sahaja bagi aku adalah satu kerugian. Aku suka barang yang banyak fungsi. Seperti contoh lesung batu, selain dari pada menghancurkan makanan, alunya turut berfungsi sebagai batu asah, pemecah air batu dan kadang2 sebagai tukul besi (kes emergency daaa). Prestasi tinggi siot. Macam org zaman sekarang klw nak beli henset mesti nak yang ade camera, infra red, blue tooth, GPRS, 3G, MP3 dan memacam lagi. Tapi dalam hal neh, aku lebih suke barang seketul2. Sebijik henset, sebijik digi-cam dan sebijik MP3. Prestasi tinggi gak hape. Hahahaha..klasik betul aku neh.

Errr....aku nak buat ape ngan penande buku ni? Masuk kotak khazanahler jawabnye...

Pleasant listening :Hasrat by Phyne Ballerz
Pleasant watching :Buli Balikon VCD

Tuesday, March 28

Inspirasi

Semalam aku pegi Jusco Tebrau. Tapi pegi kali ni agak berbeza. Sebab, satu, aku bukan pegi dengan Ebott. Dua, aku pegi bukan untuk window shopping. Tapi ada bende lain yang lebih berbeza dari itu. Perasaan dan perubahan.

Aku keluar dengan sorang kwn yang tak berapa rapat yang aku dah tak jumpa lebih 3 tahun. Aku kenal dia pon tak sampai 2 bulan. Tapi aku slalu bg die emel. Die belajar kat Jepun. Aku saje ajak die kuar dengan niat berborak2 tapi ditakdirkan kononnnye aku terdatang cepat dari waktu yang dijanjikan lalu aku tolongler die menyelesaikan misinya sebelum kuar. Memasak untuk mak die sempena bday mak die. How sweet...hati aku terdetik. Aku mula berfikir, brape ramai anak bujang yang sebaya die (sebaya aku gak) yang terfikir wat camtu utk mak derang (die kate takde bajet nak beli hadiah utk mak dia). Aku nampak sesuatu yang berbeza pada dia. Aku tahu mesti mak die rase terharu. Walaupon kecoh dapur dengan jeritan mak die dan aku menegur kesalahan skill memasak die tapi die berjaya gak memasak resepi die tu. Hahaha...naseb baik sedap.

Honestly aku rase agak sedih perasaan aku hari tu. Sebab aku terasa cam die xnak kuar ngan aku pastu die marah2 jek ckp ngan aku (aku rase). Sebab die agak sibuk memenuhi temujanji ngan kengkwan die yang lain. Aku terase bersalah mencuri die dari kawan2 die. Tapi xpe, aku wat2 biase jeler.

Sampai sane kitorang berjalan2, gi main game pastu gi usha barang2. Oppss....lupe, kitorang pegi kedai buku Harriss. Start dari situ die berakap pasal business, camne nak bukak besar cam Harriss tu dan pasal mindsetting orang kite. Otak aku start bekerja lagi,mentafsir maklumat yang keluar dari mulut die. Betapa terbukanya otak die, aku rase kosong tiba2. Hidup aku rase cam kosong. Die cakap die nak belajar bahasa cina dan pegi China. Cari peluang besarkan business family dia. Kalau boleh die tak nak kawen sampai umur 32. Aku? Ape yang aku fakir lepas grad? Aku fikir aku akan keje jadi cikgu pastu aku nak jadi chemist. Kawen pastu bahagia sampai mati. Pergh, pendek betul pemikiran aku. Apsal lah aku tak mikior macam die.

Aku balik dalam kul 5.30 ptg. Aku lagi terasa sedih. Sepanjang perjalanan tahan air mata, senyum lebar2 macam xde ape2. Aku rase sedih sebab aku tau aku mungkin xkan jumpe die lagi. Die tak tahu betapa bermaknanye petang yang aku habiskan dengan die. Die telah memberi aku inspirasi. Inspirasi mencapai impian sendiri.

Aku teringin melihat negara orang. Mestilah aku nak pegi Australia, Russia ngan U.S. Aku nak bukak kedai roti yang ade banyak cawangan. Aku nak jadi lebih berani untuk hidup bukan berani untuk mati.

Time kasih kawan, kerana berikan aku satu petang yang amat bermakna.

Aku takkan lupe kate2 die - "Go girl! Dunia xkan berubah untuk kite, kite yg kene berubah utk dunia."

Pleasant listening : Tiada Yang Kedua by Khafi
Pleasant reading : Lift Me Up

Friday, March 24

ABSTRACT


Niler keje yang aku buat selama neh, yang telah menhuru-harakan seluruh kehidupan aku kat final year, meragut ketenangan kawan2 aku, mengubah diri menjadi seorang mental dan hilang kewarasan. So far keje aku bleh dikira siap. Tinggal wat conclusion jek lagi. prosiding pun tunggu mase publish, at least aku ade satu publication, tersangat ler baik bagi budak yang baru amek degree cam aku. Minggu depan hantar spiral binding. secara tak rasminya semua keje penulisan dan berakhir. tapi derita aku belum berhujung selagi hard cover dah keluar. doakan aku masih mampu melarung kepayahan yang dah tak sampai 2 bulan lagi.

SYNTHESIS OF CARBON NANOTUBES USING DIFFERENT SOURCE OF CARBON
Carbon nanotubes (CNTs) have been successfully synthesized from acetylene (C2H2) by catalytic chemical vapor deposition technique (CCVD) with ferum and cobalt supported by calcium carbonate as catalyst. This research is focusing on synthesizing carbon nanotubes from different source of gas such as methane (CH4), carbon dioxide (CO2) and ethylene (C2H4). The most important parameter in this study is the flow rates of the precursor, which are varied according to their RMW ratio to C2H2. All the other parameter - temperature, reaction time and carrier gas flow rate - were set according to the optimum condition obtained from the previous work. Field Emission-Scanning Electron Microscopy (FE-SEM), Energy Dispersive X-Ray Analysis (EDAX) and Thermo Gravimetric Analysis (TGA) characterized the carbon nanotubes produced. The results show that CH4 and CO2 need manipulation of other parameters in order to produce CNTs while C2H4 is one of the suitable precursors for synthesizing CNTs. With an optimum flow rates, multi-walled carbon nanotubes (MWNTs) were produced while at higher flow rate; more amorphous carbon and mixture of CNTs were produced. As a conclusion, flow rate of the precursor played an important role in the purity of the as-synthesized CNTs.

Tesis penuh takleh letak, resticted! kalo org jual keje aku bleh kaya juta2 tau!

Pleasant listening :Because Of You by Kelly Clarkson
Pleasant reading :my own tesis

Thursday, March 23

Lady's Crown

Aku tgh wat discussion utk TGA sbnrnye neh, tapi takde idea aa. Sbnrnye, aku tak reti nak interpret graf tu ler. Ade 2 stages tapi satu jek aku tau. Dok garu2 kepala jek. Aku neh pantang pegang rambut, mesti aku rase ade jek bende yang tak kene. Pantang tul.

Aku ade seribu satu pantang larang pasal rambut. Agak teliti dan berhati2 dengan rambut walaupon aku tak suke sikat rambut. Ketidaksukaan aku terhadap menyikat rambut sangat ketara, aku pernah 3 hari tak sikat rambut, malah jika kawan2 datang ke bilik aku pastu cari sikat, paling kejap pon derang amek mase 2 minit cari sikat. Pendek kate tanpe sikat aku bleh hidup. Hahaha. Ala, lagipun aku pakai tudung. Bukan orang tau pon aku sikat rambut ke tak.

Berbalik pada pantang larang, pantang nombor satu aku, jgn sikat rambut bile basah sebab rambut akan cepat gugur. Waktu basah adalah keadaan paling lemah bagi rambut jadi dia akan cepat putus. Jadi jgn sikat. Pantang no 2, rambut hanya bleh dipotong bile kita yakin dengan kehendak kita dan kebolehan tukang gunting telah pon terbukti dengan deretan sijil professional. Kalau takat2 amatur, tak confident aku nyah. Seterusnya, jgn gune pengering rambut (aku xpernah ade pon mende neh) walaupon dalam keadaan terdesak kerana dia bukan sahaja mengeringkan lembapan di luar malam di dalam rambut. Kalau nak tukar syampu, biarkan rambut kita tak bersyampu (aku tak kata tak berbasuh) selama seminggu supaya die tak terkejut bile dapat ‘member’ baru. Pelembap rambut adalah tidak diperlukan kecuali bile ade orang tegur kite dye rambut ke (rambut bile kering jd kaler chestnut tau) sebab pelembap rambut adalah minyak yang bleh menyebabkan rambut berminyak (terutama yang leave-on punye). Tuler setakat neh yang aku mampu tulis tentang pantang larang rambut. Tak payah aa ikut, itu cara aku.

Sunsilk! Aku bleh ganti Wardina! (walaupon aku x pakai sunsilk ponnnn)

Pleasant listening :Kau Yang Pertama by Nassier Wahab
Pleasant watching :Mencari Abdullah on TV3

Friday, March 10

Obses

Aku memang obses gila pada die. Bermula dengan perkenalan wajib di makmal, aku mula jatuh cinta dengan kehebatan dia. Dielah tempat aku mengadu nasib di saat kurang menyenangkan. Walaupon tak dapat gelaran universal, die tetap nombor satu dalam hati aku.

Dialah.....ASETON....hehehe......

Okler, pade sape yang xbiase dgn aseton meh aku citer sket. Aseton merupakan suatu sebatian dalam family aseton (ade functional group =O kat tgh2 rantai hidrocarbon)....err....aku rase ni x patut citer. Sebenarnye aseton merupakan suatu cecair yang berbau wangi cam belon bubble yang tiup pakai straw kecik tu. Die punye fungsi utama adalam sebagai pelarut. Die bleh melarutkan cat – rumah, kuku, dakwat pen dan kekadang certain2 polimer. Ade gak yang die tak mampu nak larutkan macam alcohol bleh buat. Tak kisah aa, janji pelarut.

Sejak aku kenal aseton, banyak masalah aku dapat disetelkan. Kene cat, dakwat pen kat baju, pewarna kuku, nak keringkan radas refluks dan memacam lagi. Pastu, pantang jek ade stain, takde ape yang terlintas kat otak aku kecuali aseton. Tapi aseton tak mampu nak hilangkan minyak moto, aku terpakse guna cologne aku yang kaya dengan alcohol. Suam2 kuku agak berkesan aa gak. Tapi ia tetap tak melunturkan keobsesas aku terhadap aseton. Aku ade simpan sebotol aseton 100 ml dalam bilik yang aku rembat dari lab pak ngah aku mase praktikal. Tapi jage2 kawan2, aseton adalah bahan mudah terbakar, jadi jauhkan dari sumber haba. Tapi bile dah tertumpahkan aseton tak yah aa gabra semacam, sebab die mudah meruap walaupon tak secepat alcohol.

Tapi sehebat mane pon aseton, die blom mampu tolong aku siapkan tesis aku. Hehehe..

Bulan 3 neh memanglah bulan ngeri bagi bebudak final sem cam aku neh. 13 mac neh dah kene hantar abstrak utk buku symposium. 27 mac plak dah kene hantar tesis yang dah siap spiral binding dan bertandatangan penyelia kat penyelaras. Memang rase tercekik aa skang neh. Pastu pensyarah subjek plak berlumbe2 bagi assignment. Ntah kenape nak bagi bulan neh. Macam aa xde bulan lain. Oh lupe, symposium 12-14 april. Aku agak gigil2 kepala lutut mengigatkan tarikh2 penting neh. Minggu neh ade lambakan test dan penyelia aku dah mintak chapter 3 (result n discussion). Aku terpakse buat2 lupe nak hantar chapter 3. Sori Dr. Nor.....

Makin nak dekat grad, makin banyak rantai besi yang menjerut leher aku…

Pleasant listening :Cinta Pertama by Dharma Harun Al-Rashid
Pleasant watching :Bcuz Of U on VCD

Friday, February 17

Terbaik

Ya! Ya! Ya! Semua orang ponnn mahu yang itu. Yang berhati mulia, dedikasikan untuk orang yang lain, yang selfish, simpan untuk diri sendiri dan yang bijak bagi sama2 rase.

Sesiapa ponn mencari yang terbaik dalam hidup. Tak kisahlah waktu nak beli buah epal, nak buat satu team bola, nak tentukan juara AJL ataupon mencari member idup (errrr...maksud aku yang bakal berkongsi umah, kerete, toilet, katil, akaun bank dan anak.

Lantas, bermacam-macam batu aras ditetapkan bagi mencapai objektif inginkan yang terbaik. Tapi sebenarnye, terbaik itu macam cantik gak. Terlalu subjektif. Contohnye ketike membeli buah epal, kawan aku kata buah epal yang terbaik adalah epal yang berwarna merah menyala dan besar2 manakala aku plak kate kalau nak epal yang paling best mesti warna dia agak kekuningan sket pastu bila pilih tu picit2 sket rase ade lebam ke tak. Tapi sebenarnye banyak lagi nak dipertimbangkan - harga, rase dan jangka hayat. Susah kan sebenarnye. Itu baru pilih buat epal.

Korang mesti rasa marah kan bile sesuatu yang kita kate terbaik orang kata tak plak. Padahal kite sendiri tak pernah amik peduli bila orang kata sesuatu tu adalah terbaik tapi kite beria2 bangkang plak. Tak aci kan?

Kite melalui proses memilih ini setiap hari selagi kita hidup. Korang pernah dengar kan, practice makes perfect. Tapi dalam konteks membuat pilihan aku rasa pepatah omputih neh x valid. Walaupon berulang2 kali kita memilih tapi masih tetap ada pilihan yang salah betul kan? Sebab waktu memilih, banyak faktor luaran dan dlmn yang menekan kita. Kadang2 ble dah give-up, kite pasrahkan shj pada orang lain. Padahal tahu mungkin keputusannya tak seperti yang kita jangkakan.

Mungkin korang tersedar, kesukaran menentukan yang terbaik menyebabkan kita merasa benci membuat pilihan. Kadang berharap yang dlm dunia ini, kita tak perlu memilih, hanya menerima seadanya. Padahal manusia ponn benci dengan ketiadaan pilihan. Bayangkan keadaan bila semua orang terpaksa memakai baju, minum air, naik kenderaan yang sama dengan orang seluruh dunia. Tak ke kelakar keadaan macam tu?

So teruskan memilih. Buatlah pilihan yang terbaik mengikut kata hati tapi dengan pertimbangan yang wajar. Jangan biarkan orang lain memilih untuk kite supaya bile timbul kekesalan tak perlu letakkan kesalahan pada orang lain. Dan akhir sekali, yakinlah dengan pilihan kita.

Dan akhirnya, aku telah memilih untuk mkn selera Melayu malam neh setah mengharungi minggu selera antarabnagsa sepanjang minggu (entry neh akan ditulis lain kali). Yang terbaik tak semstinya yang terbagus. Haha..

Pleasant listening :Di Sebalik Rahsia Cinta by Metropolitan
Pleasant watching :Love Revolution on VCD

Tuesday, January 24

Cair..

Aku telah berkenalan dengan sesuatu....namenye Skittles.

Die bukan jejaka berkarisma yang aku cari tetapi ia hanyalah sejenis gula2!

Kami diperkenalkan diwaktu rembang pagi di awal smester oleh Ebot. Aku telan 2 biji sekali pastu terus perut aku mengalami kejutan disebabkan gula2 itu 3 rase - manis, masam dan masin. Lalu kami sepakat mengambil 'gule2 terkejut' itu sebagai makanan ruji diwaktu kuliah untuk menghilangkan kesyahduan (sila baca : kemengantukan) dalam bilik kuliah. Maka bermulalah pemburuan kami (padahal gula2 itu mudah didapati). Ebot kate die beli kat Mesra (Petronas daaa). Tapi aritu kitorang jumpe kat kedai majalh. JJ pon ade jual.

Ade 2 isu

1) Harga
Mesra - RM 1.50
Enews.com (kedai majalah) - RM 1.40
dan pemenangnye....Jusco - RM1.20

2) Warna pek
Yang diperkenalkan pada aku - Hijau
Yang baru aku jumpe - Merah

Isu pertama tak perlu diulas sebab......paham2 sendiri laa. Isu kedua pulak, yang hijau tu seperti yang aku dah citer ade 3 rase sebab gula3 tu dikelilingi serbuk garam dan gule. tapi yang merah itu takde bersalut ape2, jadi rase manis sahaja. Tapi yangt xbest, ia tak besifat cam M&M - cair di mulut tidak di tangan. Yang neh blom hape2 dah cair kat tangan kat mulut hape ntah lagi (kalau tak cair kat mulut orang x panggil gule2 laa kan?). Itu menyebabkan aku tawar hati nak makan gule2 tu walaupon sedap dan halal. Lagi satu masalah gule2 tu, bannyak mengandungi pewarna yang bahaya cam Sunset Yellow dan Tartanzine (betul ke aku eja?). Dalam Buletin Pengguna terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang zaman alaf lama dulu pernah menyatakan 2 perwarna tersebut bleh menyumbang ke arah penyebab kanser. So jage2...jgn makan byk2 laa maksudnye...(bukan x bleh).

Tapi yang terlarang itu memang godaan. Aku masih terus membelinya (ade stok 3 bungkus lagi kat bilik aku.

Skittles oh Skittles

Pleasant listening :Why by Ooh Myung
Pleasant watching :Full House on VCD

Thursday, January 5

Pathetic Loser?

Ntah apelah perasaan aku sem neh. Aku masih agak melangut tak buat ape2...bukannye sebab xde kerja tapi terlalu banyak kerja yang nak kena buat. Aku rasa tak lalu nak makan bile ingatkan tesis aku. Dateline dah dekat gile. Ade 7 minggu lagi. So far banyak gak progressionnye. Tinggal sket lagi kerja aku. Maybe Jumaat ini hari terakhir aku masuk lab. Tapi sebenarnya ade satu lagi masalah - sampel aku utk TGA kene reject kat Ibnu Sina sebab lecturer aku xregister kat Ibnu Sina. Tapi xpe, aku dah ade plan B.

Aku pelik betul laa sem neh, slaloo aku kuar gi JJ(Jaya Jusco) sensorang xde ponnn terserempak ngan memeber aku, skang neh setiap kali gi JJ mesti jumpe. Soalan yang biasa akan ditanya - "sorang je ke? mane yang lain? kesiannye...". Pelik sgt ke nmpk aku jln sorang2. Pathetic loser ke aku jadi lone ranger? Aku dah biase jalan sorang2. Tak rase ape2 pon...kekok jauh skali. Aku pernah baca artikel kat majalah Kosmopolitan - ramai orang fobia makan sorang2. Wah yang tu lagi biase aku buat. Bukan aku takde member tapi ade masa kite berlu berkawan ade mase kite kene belajar bersendirian. Survival hidup zaman alaf baru ini bagi aku ialah hidup bersendirian dan tak mengharapkan orang lain. Takde ape yang nak difobiakan jalan sorang (lainlah kalau lalu tempat gelap gelita, semak samun atau lorong2 belakang...tu WAJIB berteman..) kalau tempat tu terang benderang dan ramai orang. Neh kadang2 nak gi jamban ponnn nak orang temankan. Hampeh tul..

Tapi kan bile orang tanye camtu aku rase agak sedih aa plak. Dah sepanjang jalan aku naik moto dok blues teringat aku jalan sorang. Orang keliling aku dok pasang 'tiang', gi jalan malam2 naik kete. Aku naik moto sensorang, dah aa sejuk pastu risiko accident tinggi. Kesian plak pada diri sendir. Tapi kejap jek, sampai bilik. main game dah tak ingat dah ape yang aku sedihkan tadi. Hahaha...kelakarlaaa aku neh. Bende gitu ponnn nak blues. Tak brutal btoll!

Pleasant listening :Cinta Tak Diundang by Azizi AF1
Pleasant watching :Forevermore on VCD

Tuesday, December 20

Stylo ke style-0

Ketika ini aku memakai T-shirt, jeanto dan tudung putih seperti biaso.

Aku kat PSZ neh. Gi lab lambat sket ingatkan Encik Suhaimi dah ade tapi xde lagi. Haduiiii....sapelaa nak tolong aku carikan regulator untuk methane yang baru. Semalam dapat dah regulator (rembat ethlyne punye) pastu elok suhu dah naik sampai 650 degree (target 700) gas plak bocor. Gelabah gile aku. Mane xnye, gas methane tu yang bocor. Tersangat flamable. Kalau ade orang isap rokok takpon pakai henset, time tu gak meletup tempat tu. Nasib baik aku dengan panatasnye menutup semua tombol yang ade (skali ngan gas nitrogen yang tak terlibat ponnn). Kalau x dah arwah laa aku semalam.

Aritu aku baca Ikon (sisipan berita harian) cerita pasal penampilan studentoz U (perempuan) yang dah macam zaman dolu2. Alah...pakai ranggi2 gitu cam nak gi jenjalan. Ye ke? Mungkin ade betulnye tapi tak semua fakulti. Macam kat U aku neh, style berpakaian ikut fakulti laa. Macam fakulti pendidikan, mereka melahirkan bakal pendidik. Jadi kebanyakan student fac neh akan pakai baju yang formal macam baju kurung dengan kasut. Penampilan derang gak nampak kemas dan cantik...yelah bakal cikgu. Berbeza ngan fac cam enginering ngan applied science cam aku, disebabkan prospek pekerjaan kami adalah bidang perindustrian (keje gasar gitu) kebanyakan kitorang jarang memakai baju kurung (kecuali isnin sebab Smart Day). Selalu pakai sempo cam aku pakai slalu pastu pakai sandal kadang2 selipar jamban (sebenarnye xleh pakai tau.....silap aribulan kene halau dari dewan kuliah). Pakai kasut pon kalau nak masuk lab. Bukan xde yang pakai ranggi2 tapi adeler 2-3 orang.

So anda jenis yang macam mane? Stylo ke style-0?

Aku? Bleh blake!!

Pleasant listening :Jatuh by Adam
Pleasant Reading :Mencari Cinta by Leeya Myra

Wednesday, December 7

Adakah?

Berapa banyak soalan bermain difikiran aku 2-3 bulan neh (atau sepanjang tahun neh?).

Dulu2 bile tengok filem atau drama (senang cakap cerita) berkisar mengenai kehidupan studentoz (lebih2 lagi pelajar pendidikan tinggi), macam best jek kan? Bile aku dah jadi 'pelakon itu' aku rasa...err...ntha....semakin tak berasa. Aku pelik.

Bile aku kenangkan balik cerita2 itu, aku rasa memang pelik. Ambil contoh cerita bersiri Terlerai Impian (atau vice versa) lakonan Ijoy dan Sharifah Shahira yang ditayangkan kat TV2 tahun 2001 (tak silap aku), mereka menggambarkan budak U neh banyak bebenor mase bersuke ria, keluar malam, beronggeng. Bile mase derang study, wat asgnment atau cari refference ek? Tapi bile aku (sbb skang neh final year) hampeh, aku rase idup aku kelang kabut. Jangankan nak beronggeng, nak potong kuku sendiri pon kadang tak sempat. Kenape ek?

Kadang2 aku rase jemu laa (aku memang cepat jemu). Err...ntah, bile dah final year neh aku slalu berdoa cepatlah abes...cepatlah abes. Bile orang tanya xnak sambung Master ke, aku geleng sampai nak tercabut kepala aku. Aku letih belajar, lebih letih bile mengenangkan nasib kengkawan aku yang akan terpinga2 mencari pekerjaan bile dah grad nanti (aku dah kompem keje ngan MARA). Malah mulut jahat aku slalu bergurau ngan sepupu2 aku "xyah belajar pandai2 masuk U, karang keluar bukan ade keje ponnnnnnn.....last2 ekau keno kojo kilang jangg...". Kata orang itu persepsi aku jek. Ye ke? Itu bukan persepsi laa. Itu realiti.

Kenapa graduan skang tak laku ye? Pendapat aku la kan, silibus dah tak sesuai. Silibus skang neh macam sesuai untuk melahirkan cikgu ataupon researcher sahaja tapi bagaimana dengan pekerjaan lain (maksud aku dalam bidang aku laaa). Terlalu banyak teori yang berselirat dalam kepala optak aku neh tapi aku mosykel apakah akan tergunakah teori2 itu bile aku berkeja nanti. Aku ambil batu arasnya - masa praktikal. Dah nama praktikal, mestilah lebih praktikal dari teorinya. Memang bermasalah (kengkawan aku dari U lain laa). Alat radas pon tak kenal inikan plak nak menggunakannya. Naseb baik aku agak tau laa gak sebab aku memang keje duk kat lab. Bleh gak aku coverkan derang. Tapi yang pakai teori sket plak laa kan. Camne tu ek?

Hidup ni memang takde yang senang, kalau senang karang boring plak laa kan. Itu memang sebahagian daripada cabaran hidup. Bile ade cabaran barulah hidup neh ade makna dan rasanya.

Oh ye, skang neh sepatutnya cuti tapi aku tak bercuti ponn. Wat lab utk PSM aku. Aku akan ke Kedah malam neh. Aku pon masih meragui kewajaran aku pergi bercuti pada waktu cuti yang tak bercuti ini. Aku akan kembali semula ke JB pagi Isnin untuk sambung lab lagi. Aku harap semua berjalan ngan lancar selancar yang dirancang. Korang doakan aku grad ye tahun depan.

Pleasant listening :Di Pintumu by Mawi
Pleasant watching :Just Like Heaven on VCD

Wednesday, September 28

Iman dan Amal

AMARAN : INI BUKAN CERITA CINTA PASANGAN KEKASIH BERNAMA IMAN DAN AMAL.

Semalam aku main tenis kat kolej 13. Rutin biase yang dah dah lame aku tinggalkan sebab sibuk SUKAM aritu. Dalam pukul 7 aku bertolak balik (selalu kul 7.15 tapi skang maghrib masuk awal so go with the flow laa). Aku naik moto ntah kenapa ari tu tak merempit cam biase. Aku bwk dlam 40 camtu aa. Sambil bawak moto aku pandang ufuk barat, matahari dah mula terbenam. Cantik pemandangan tapi bukan itu yang aku pikir. Pastu lalu depan KRP terserempak dengan 2 mamat baik pakai pelikat naik moto menuju ke masjid. Sampai kat blok aku lepak bawah pokok jap (bertenggek atas moto lagi neh) pastu dok tengok masjid UTM yang tersergam indah. Cantik betul masjid tu, besar plak tu. Tapi persoalannye berapa ramai yang datang berjemaah? Aku sendiri berjemaah kat masjid tu ponn cume pada waktu zuhur, sebab kelas kul 2, tak sempat nak balik bilik. Orang lain ponn macam tu gak. Asar ponn aku perhatikan ramai sebab waktu bekerja kan. Tapi waktu lain? Isyak? Subuh?

Kadang2 hati aku terdetik, terlalu sibuk aku kejarkan duni sampai yang di hadapan aku tak pikir. Aku teringin sebenarnya nak pegi masjid cam mamat 2 orang tu tapi...err...entahlah. Aku kadang2 rasa cam tak istiqamah. Kene hangin rajin pegi berjemaah kat surau kolej tapi pastu x buat. Agaknya kenapa laa hati aku cepat lupa dan lalai. Ish ape nak jadi aku neh.

Aku masih berusaha. Ia bermula dari hati kawan2. Bile hati terdetik baru mata fikir terbuka. Tak semestinya orang bukan islam yang menanti hidayah, aku sendiri mencongak adakah hidayah tu lekat pada kite?

So, how's yr iman and amal today?

Pleasant listening :Gemersik by Krisya
Pleasant watching :Third Watch on TV3

Wednesday, September 21

Yang jatuh..

Minggu neh sangat mengejutkan. Member aku jatuh tingkat 3. Lembik lutut aku mendengarnya. Nasib baik aku tak berada di tempat kejadian. Silap2 aku yang rebah sebab terkejut. Dapat berita terus bergegas ke Pusat Kesihatan. Lagi lembik lutut bile tengok X-Ray kaki die. Fraction kat tumit. Yang empunya diri nasib baik tabah. Hanya mengalir air mata sekali-sekala mngaduh kesakitan. Aku kira kalau orang lain maunye meraung sampai hilang suara. Malam tu jugak dikejarkan ke HSA memandangkan dia dah mula mengadu sakit belakang. Malam tu memang tak boleh nak lelap. Pukul 4 pagi baru terlena. Mane taknye, baru kejap aku naik lif sama2 ngan die tup2 dah jatuh kat bawah. Coursemate yang lain ade yang menangis tak berair mata. Pucat lesi muka tak berdarah. Mana taknye berada di tempat kejadian. Nasib baik tak ikut terjun sama.

Minggu neh masing2 bergilir2 jaga die kat hospital. Turn aku malam esok kot. Aku ponn dah melawat die Isnin petang. Rase lega teramat sebab die dah boleh ketawa bile aku wat lawak kaki die yang bengkak tu macam kene sakit untut. Keadaan die ok. Operation buat ponnn kene tunggu bengkak surut. Pastu ponn baru bleh simen. Skang neh cume berdoa supaya die cepat sembuh. Banyak keje menanti memangdangkan sama-sama di tahun akhir. Korang ponn. Doakan die jugak ok?

Hari neh rabu, petang neh akan skali lagi melihat die. Oh ye, arini hari PSM sedunia. Seperti biasa, aku kehilangan Dr. Aziah. Sibuk dengan 1st asessment pelajar Sarjana kot. Skang neh, I'm working on my Introduction. Kene submit minggu ke 13. Skang minggu ke 11.

Khamis ni bola tampar quater final. Lawan ngan sape....xtau lagi. Hope menanglaa walauponnn aku x kisah kalah menag. Aku kan dah dapat medal netball. Hahaha..

Pleasant listening :Rindu by Dayang Nurfaizah
Pleasant reading :Bukan Golongan Sembahyang by Imam Ghazali

Monday, August 8

Kombinasi

Jumaat aritu kuar kedai sports, niat nak cari bola untuk netball. Pastu, Zam ikut skali. Die kate nak cari suar nak wat main bola. Pilih bukan main lame ngalahkan orang pompuan nak beli baju raya. Aku plak dok tercegat kat kaunter dah macam cashier gamaknya. Dah boring menunggu aku tolong die pilihkan. Aku amek kaler biru, die geleng2. Kate tak matching ngan kaler jersey die- oren. Wut a big deal? Stkt nak main bola tengah padang, sape nak tengok. Hehehe...namun kate2 itu hanya lahir sebagai sungutan aku kat belakang die.

kalau aku, aku tak kesah memakai t-shirt biru dengan seluar hijau taik lembu mase main bola. Matching ke tidak bukannnye penting. oowwhh...rupanya aku aje yang berfikir begitu. Orang lain x pikir camtu.

Sedar ataupon x sebenarnya paduan atau kombinasi itu penting. tak kesahler warna ke, imej ke, suara ke. Aku pernah cakap bahawa Siti bukanlah penyanyi yang hebat. Sebab die mendapat kombinasi imej, lagu dan komposer yang betul. Ramai lagi penyanyi yang lebih hebat tapi sebab kombinasi pakej yang tak betoll menyebabkan tak laku. Tapi Mawi, peduli hape pasal kombinasi, die tetap unggul dalam kelasnye yang tersendiri.

WORLD! Demam tak kebah lagi...

Pleasant listening :Aduh Saliha by Mawi
Pleasant watching :Dalam Hati Ada Cinta 2 on TV3

Tuesday, July 5

Jodoh

Cuti ai sminggu. Macam xbest aa plak dah kene start gi sekolah lagi. Kengkawan aku yg senyap memajang start cuti aritu start bagi mesej. Kebanyakkannye sebuk tanye pasal pendaftaran PSM kitorang yang rata2 sangkut sebab lebih kredit. Padahal masalh timbul disebabkan kesilapan fakulti ang mnjadikan subjek analisis radiokimia sebagai sujek wajib padahal natang tu elektif. Ini ntah kali ke bape laar dalam hidup aku yang terpakse pening2 kepala pasal register atas kesilapan dari pihak fakulti sendiri. Hampeh. Minggu neh kire aku dah macam akak kerani fakulti dok balas mesej org tanya pasal hal tu. Kerani cabuk....hehehehehe

Okler, sbnrnya aku nak citer pasal jodoh. Ish...bukan pasal cara2 nak cari jodoh tapi pasal permainan2 yang cool pernah aku tau pasal jodoh. Masa aku 1st year, si Ctah ajar aku camne nak tahu bakal name...erk...terbalik...nama bakal jodoh kite. Bahan yang diperlukan cume benang, cincin ngan kertas. Kat atas kertas tulis semua huruf dalam bentuk bulatan. Pastu kita ikat cincin kat benang pastu kite pegang dan halakan betul2 kat tengah bulatan. Pastu niat dan tunggu. Cincin akan berayun menuju ke hruf yang pertama. Bile dah apat huruf tu, hentikan ayunan dan ulang langkah di atas semula unutk mendapatkan huruf yang seterusye. Hentikan aktiviti ini bile didapati bila langkah di ats diulangi cincin dah xnak berayun lagi. Ana dinasiatkan mejalanka aktiviti ini dengan mmaamkan siuz kipas. The results, sebenanya bergantung kepada otak kite. Mase aku wat tu, aku memang pikir kat otak nak tau betul2, skali kuar ntah huruf ape2 jek. Kire xleh nak wat name ler. Pastu kawan aku wat masing2 niatkan kat kepala name pakwe masing2. memang aa kuar nama jodoh tu buah hati derang. Kirenye, kalau tak aku dah niat kuar nama Anuar ain, mestiler dah kuar SHAHRUL ANUAR.....heheheheheehe

Ade lagi beberapa games lagi yg aku nak citer...tp lenkali jeler...time's up laa....nak kene gi masak neh. enjoy and rejoice!

Pleasant listening :Love At First Sight by Blue
Pleasant watching :Gen X-Cops on TV3

Monday, June 27

Beyond The Age Of Freedom

Hehehe....guess wut? I'm 21st!!!! Hari ni besday aku daa. 27 jun. Nothing interesting happened today. Just some felas gave messages on cellphone and some other buddies wrote testi on Friendster. Present plak, I my lil brother bought me The Best Of Blue. But I still waiting for the new realease BSB's album = Never Gone. Kakak aku kate tunggu gaji bulan 7 baru bleh dapat. Xpe aa...as long as i could get it ponnn cukuplah.

Hari ni, bersempena besday aku, I treated my whole family sate for dinner. Tempah cake blueberry lagi. Semua orang kate sedap. yeler, bende tinggal bedal aje.

Aku sbnry hangin2 arini tapi malas citer aa. Mood aku jd ok bile nampak deretan kasut murah kat Summit. Didn't buy them yet, maybe someday yang lebih pleasing dr tadi lah. Maybe with my sis bile dah gaji (bulan depan!?!???)

Bile dah 21...
1) Aku dah bleh ngundi
2) Aku dah bleh shopping sukati aku
3) Aku bleh cari balak???
err.....mungkin tidak atau mungkin nanti...kot...hehhehehe....

Pleasant listening :I Wanna Be With You by Mandy Moore
Pleasant watching :Oh! Feel Young on 8TV

Tuesday, December 28

Ombak Jahat!

Korang ingat tak ade satu iklan kat TV pasal 2 beradik yang tengah tunggu ayah diorang balik tangkap ikan masa laut tengah bergelora? Seingat akuler, iklan tu cukup popular dengan dialog budak lelaki tu -"ombak jahat!". Budak tu nampak ombak tengkujuh die dah kata ombak jahat, agaknye kalau die nampak ombak tsunami mesti die kata - "ombak penjenayah!".

Weh, terkejut badak aku dengar berita malam semlam pasal tsunami yang melanda kawasan sekitar lautan hindi dan beberapa kawasan kat asia neh. Dulu pernah ler aku tau pasal tsunami neh masa belajar georrafi form 3 dulu tapi tak pernah terlintas kat kepala otak aku yang malaysia akan mengalaminya. Dengan kedudukan di luar lingkaran api dunia, agak mustahil jugak kita akan mengalaminya. Tapi takdir tuhan sape boleh halang kan?

Mungkin sekarang neh ramai yang menjerit cam budak lelaki dlm iklan tu - "ombak jaht! ombak kejam!". Mungkin luahan orang yang kehilangan orang yang dikasihi dalam sekelip mata dan di depan mata sendiri sedangkan baru sedetik sebelumnya derang tengah happy2 bersantai bermain dengan ombak2 manja. Mungkin luahan isteri2 yang menanti kepulangan suaminya, seorang nelayan kecil. Tapi mungkin juga luahan insan2 yang simpati dan sedih dengan kajdian ini. Tapi sedar tak kita, kejadian ni merupakan satu hint dari tuhan. Tuhan ingatkan, tiada benda yang mustahil terjadi dengan kuasa-Nya. Once kun fayakun, maka itulah takdir yang tersurat untuk kita semua. Dulu orang kata, mustahil kita kene gempa bumi tapi tengoklah ape dah jadi skrg neh. Walaupun kita tak kene gempa bumi, tapi kite still merasa side effectnye. Gerun jugak bile aku ingatkan. Peperangan, kebuluran, dan macam2 lagi disaster yang difikirkan mustahil mungkin akan terjadi. Adakah orang lain berfikir cam aku?

Jage2 kawan, ombak tu tak jahat. Cuma, Tuhan bagi hint kiamat dah nak dekat. Sudah cukupkah bekalan kita?

Pleasant listening : Terhangat Di Pasaran by KRU & Adam AF2
Pleasant reading : Dara