Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Showing posts with label Current Issues. Show all posts
Showing posts with label Current Issues. Show all posts

Tuesday, July 25

Tentang IFC - Siri 2


Untuk kefahaman tentang IFC sila rujuk post pada 4 jun 2005 Tekan sini ponn boleh daa..

Peguam Kes Murtad Shazalina Jaafar/Lina Joy (Ust Zulkefli Nordin), beliau telah memberi ceramah pada malam 13 July di Surau As Sakinah, TTDI Jaya, Selangor tentang kumpulan kafir Artikel 11/IFC.

Mereka ini (IFC) sedang bergiat untuk menghapuskan keistimewaan orang Islam di Malaysia, pihak Mahkamah Persekutuan hanya ada masa 6 minggu sahaja lagi untuk membuat keputusan sama ada meluluskan atau tidak.

Kalau LULUS maka orang Islam dalam bahaya besar. Boleh hubungi Ust Zulkefli sendiri (0133998718) untuk penjelasan lebih lanjut, pihak peguam Muslim memberi penerangan tentang perkara ini.

Apa bahayanya...?

1) Semua anak-anak selepas berumur 18 tahun bebas menukar agama, keluar ??masuk mana-mana agama macam masuk panggung wayang. Mereka punyai hak untuk menukar perkataan agama di kad pengenalan, cuma mengisi borang di kaunter saja. kalau sekarang, mereka yang mahu menukar agama, ( menjadi murtad ) perlu memohon di jabatan Agama atau pihak berwajib. Diproses, kemudian dikaunselling untuk beberapa tempoh oleh tertentu oleh beberapa siri ustaz-ustaz yang berwibawa untuk menyelamatkan akidah orang-orang yang terkeliru ini.. ? Namun jika sekiranya kumpulan Artikel 11 atau IFC ini menang tiada lagi benteng rasmi terakhir kita.. Cuma itu yang kita ada sekarang.

2) Lahirlah keluarga -keluarga yang mempunyai pelbagai anutan dalamnya. Seperti di Jogjakarta..., harini semua Islam , esok ayah dan anak hindu , lusa emak kristian... Kubur boleh campur sebab dah tak ada pemisahan akidah yang sahih, itulah pengalaman kami di sana tempohari..

3) Banyak lagi hak-hak orang Islam yang tercabar dan akan di batalkan. Apabila Rasulullah s.a.w. membawa risalah Islam, dan telah jelas pemisahan antara kebenaran dengan kebatilan, maka kebenaran itu perlu dipertahankan, perlu dibela dengan sebaik-baiknya. Bagi muslim, Islam adalah satu sistem yang datang untuk kesejahteraan semua manusia, malah seluruh alam ..tak kiralah samada untuk Muslim atau bukan Muslim. Islam tidak membenarkan umatnya didakwah atau diajak oleh orang bukan Islam atau orang kafir adalah kerana tidak mahu kita jatuh semula dalam kebatilan dan kesalahan. Di sinilah ada undang- undang untuk menjaga kebenaran itu. Islam sayang kepada mereka yang beriman, menjaga mereka , sebab kebenaran adalah sesuatu yang perlu dijaga.

Bagi mereka yang sudah mendapat kebenaran dan cahaya yakni beriman, kemudian menolaknya, menggambil yang batil, mereka ini setelah dinasihati tapi terus mengkhianati kebenaran tersebut yakni Islam, maka wajarlah mereka dikategorikan sebagai pengkhianat. Dan pengkhianat kepada kebenaran ini wajarlah mendapat haknya... yakni perlu dihukum. Dalam mana-mana golongan pun, pengkhianat adalah lebih buruk dari musuh. Sebab, musuh Islam mungkin belum menggenal apa itu kebenaran, tetapi pengkhianat adalah mereka yang menganiaya diri dan membahayakan orang lain, menggancam orang ramai dan Islam itu sendiri. Apa yang kita ada sekarang dalam realiti di negara kita alah sedikit ruang yang tertinggal untuk dipertahankan. Setiap muslim yang bercita-cita untuk murtad perlu menjalani proses tertentu untuk menyelamatkan akidah mereka yang mungkin terkeliru..dan realitinya tidak sedikit yang dapat diselamatkan. Janganlah kita berpeluk tubuh.. masa untuk menjadi penonton atau orang yang tertidur tiada lagi...! ?ketahuilah apa yang sedang berlaku di Mahkamah Persekutuan hari ini adalah masalah kita dan masa depan aqidah anak-anak kita.

Sila sebarkan berita ini kepada semua orang Islam kerana isu ini amat serius...

APAKAH PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB KITA?? KITA HANYA ADA DUA PILIHAN..... ?

1) MENYOKONG KUMPULAN ARTIKEL 11 SECARA TERBUKA ATAU SENYAP DENGAN TIDAK BERBUAT APA-APA.... ATAU BERSEKONGKOL DENGAN MEREKA.

2) MENENTANG kUMPULAN PELAMPAU INI ? KUMPULAN ARTIKEL 11 ) sECARA TERSUSUN. MASING-MASING WAJIB MENJALANKAN TUGAS DIBIDANGNYA . IMAM DAN KHATIB PERLU MENJELASKAN KEADAAN INI DI MIMBAR

Pleasant listening :Gila-gila Pengantin on TV3
Pleasant watching :I Just Call To Say I Love You by Stevie Wonder

Thursday, July 20

Life

How much a life cost? I there any difference between a life of Palestinian and Israelian? Life is so unfair...

Palestin dah bertahun jadi mangsa penindasan kuasa2 barat yg sibuk melaungkan keamanan. Berapa juta rakyat Palestin dah mati kene bunuh, kene cabul, kene bom, kene sembelih dengan Israel terkutuk. Ingat peristiwa penyembelihan Sabra Shatila dulu? Ape Amerika buat? Ape PBB buat? BUAT BODOH! Keamanan konon. Polis dunia konon. Bile Iran nak pakai nuklear gelabah. Kononye nuklear Iran mengancam keamanan dunia. Weh amerika bengap, dah ade ke orang mati sebab nuklear Iran? Dah ade ke? Yg dah mati berjuta2 orang tu org2 palestin, Iraq, Bosnia yg tertindas sebab perangai sekutu korang yang macam @$#^##@#$^#. Pulak tu pegi sokong plak. Halalkan pembunuhan kononnye mempertahankan diri. Come onlah, budah kecik pon tahu mane satu mempertahankan diri dengan menyerang.

Kenapa dunia mcm ni? Ape yang boleh kita buat? Kita cume ada doa. Doa sajalah senjata yang ada. Nuklear x mampu nk beli plak. Kwn2, yakin dengan janji Allah, Yahudi tetap terkutuk, keadilan akan tegak satu hari nanti. Allahuakbar!

Tribute to Palestin...doa umat islam sedunia semoga kesabaranmu mendapat ganjarannya satu hari nanti insya-allah.

Saturday, June 4

Tentang IFC

PENUBUHAN IFC
Azizi Ali-zuhroh@yahoo.com

1. Apakah Interfaith Commision (IFC)?

IFC yang nama asalnya ialah IRC - Inter Religous Council (IRC) adalah sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama (baca: agama Islam) akibat desakan penganut agama lain. Badan ini berfungsi mirip sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang bersabit. IFC juga akan berfungsi seperti SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan-aduan berkaitan dengan agama.

2. Siapakah yang mencadangkan penubuhan IFC?

IFC digagaskan penubuhannya oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS) atau pun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandumnya kepada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos, 2001. Presiden MCCBCHS ialah V. Harcharan Singh.

3. Siapakah yang paling bersemangat sekali menyokong penubuhan IFC?

Majlis Peguam3 terutamanya Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusia amat kuat menyokong penubuhan IFC dan amat berharap ia akan berjaya. Kronologinya seperti berikut:

* Pada 8 Ogos, 2001, Majlis Peguam telah menerima satu memorandum daripada MCCBCHS mengenai perkara ini dan selepas itu ide penubuhan IRC berjalan dengan lancar.
* Pada 10 Disember, 2001, Majlis Peguam menganjurkan forum mengenai 'Kebebasan Beragama' dan menerbitkan jurnal khas bernama INSAF.
* Pada 8 Disember, 2001 satu perayaan 'Festival of Rights' diadakan dengan tema 'Kebebasan Beragama'.
* Pada 17 Mac, 2003 bengkel untuk menimbang keperluan wujudnya IRC diadakan. Bengkel ini gagal apabila kesemua NGO Islam menarik diri daripada terlibat dengan penubuhan suruhanjaya ini iaitu ABIM, ACCIN4, JUST dan Sisters In Islam5 termasuk Dr Chandra Muzaffar yang menjadi antara orang awal yang mencadangkan dialog antara kepercayaan. Bagaimana pun Sisters In Islam kemudian menyertai semula dan menyokong penubuhan suruhanjaya ini.
* Pada pertengahan tahun 2004, satu persidangan mengenai penubuhan IRC diadakan. Bagi menunjukkan wujudnya sokongan, penganjur seminar telah melantik
kesemua ahli Jawatankuasa Kecil Syariah Majlis Peguam sebagai ahli jawatankuasa penganjur tanpa pengetahuan mereka.
* Mengemukakan draf ketiga undang-undang penubuhan IFC bertarikh Januari 2005 kepada persidangan cadangan penubuhan IFC.

4. Apakah matlamat penubuhan IFC?

Matlamat IFC ialah untuk meminda beberapa ajaran asas Islam yang bakal merugikan orang Islam dan berpihak kepada kepentingan orang-orang bukan Islam.#

5. Apakah tuntutan orang-orang bukan Islam yang dibuat melalui IFC? 6

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.
4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada
Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.
7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pesakanya selepas kematiannya.
8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan
dana yang serupa untuk masjid. Kerajaan juga perlu membenarkan pembinaan rumah-rumah ibadat orang bukan Islam tanpa perlu adanya peraturan-peraturan tertentu.
9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

6. Apakah bahayanya penubuhan IFC terhadap Islam?

Berdasarkan draf undang-undang penubuhan IFC, suruhanjaya ini jika ditubuhkan amat berbahaya kepada Islam dari sudut:

1. Membuka ruang seluas-luasnya untuk orang bukan Islam mencampuri hal ehwal agama Islam. IFC jelas sebuah suruhanjaya anti Islam. Ini adalah campurtangan orang bukan Islam dalam hal ehwal agama Islam. Hak perlembagaan bagi mengamalkan agama sendiri
(Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan - Freedom of religion (Kebebasan beragama) tidak berlanjutan kepada mempersoalkan agama lain dan tidak sampai menuntut ajaran agama orang lain dipinda semata-mata untuk disesuaikan dengan kepentingan sendiri. Orang-orang bukan Islam berhak untuk menuntut hak mereka mengamalkan agama sendiri tetapi tidak sampai mempersoalkan dan campurtangan urusan agama Islam. Campurtangan ini amat bahaya. Perkara yang berkaitan dengan agama Islam hendaklah diselesaikan oleh mereka yang berkelayakan di dalam Islam sendiri. 7

2. Menjadikan undang-undang Allah mesti tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta oleh manusia yang menjejaskan aqidah. Norma-norma antarabangsa tersebut ialah:
* Deklarasi Hak Asasi Sejagat 1948
* Konvensyen untuk menghapuskan semua jenis diskriminasi terhadap wanita (disahkan oleh Malaysia pada 5 Julai 1995)
* Konvensyen mengenai hak kanak-kanak.
* Deklarasi untuk menghapuskan semua bentuk ketidaktoleransi dan diskriminasi berasaskan agama.
* Deklarasi mengenai hak-hak orang untuk mempunyai kewargaan, sukukaum, agama dan bahasa minoriti.
* Deklarasi Vienna dan plan tindakan.

Kesemua norma antarabangsa tersebut belum disahkan oleh Malaysia kecuali yang dinyatakan sebaliknya. IFC menuntut supaya agama mestilah mengikut ketentuan norma antarabangsa di atas. Norma antarabangsa tersebut tidak membezakan antara orang Islam dan bukan Islam. Bagi orang Islam, peraturan untuk kehidupan mereka bukan lagi Islam tetapi norma-norma antarabangsa tersebut yang dicipta oleh manusia. Apa sahaja ajaran Islam yang bertentangan dengan norma antarabangsa hendaklah dihapuskan. Ini bermaksud,Allah mesti tunduk kepada norma antarabangsa. Ini menjejaskan aqidah seorang Muslim.

3. Orang Islam bebas melakukan apa sahaja. Manusia adalah bebas. Begitu juga orang Islam adalah bebas. Mereka bebas melakukan apa sahaja termasuk mengamalkan ajaran agama lain tetapi masih boleh mengaku sebagai seorang Muslim atas nama kebebasan beragama. Kebebasan agama ini dijamin oleh norma antarabangsa di atas.

4. Orang Islam bebas untuk murtad. Deklarasi sejagat mengenai hak asasi manusia menyatakan 'setiap orang mempunyai hak untuk bebas berfikir, suara hati dan agama. Ini termasuk kebebasan menukar agama....(artikel 18)'. Ini bermaksud status sebagaiseorang Muslim bukan ditentukan oleh Tuhan tetapi ditentukan oleh manusia. Berdasarkan norma antarabangsa, Islam tidak berhak menghalang penganutnya keluar daripada Islam kerana itu dibenarkan oleh norma antarabangsa.

5. IFC berhak menentukan status agama seseorang. Seseorang yang ingin murtad boleh
mengemukakan permohonannya kepada IFC. Permohonannya akan ditentukan oleh ahli-ahli IFC yang diantaranya adalah bukan Islam. Ini adalah campurtangan yang amat nyata dalam hal ehwal agama Islam. Jabatan Pendaftaran Negara tidak berhak menolak permohonan seseorang untuk menukar nama daripada nama Islam kepada bukan Islam dengan alasan suatu percubaan untuk murtad. Jika permohonan ditolak ini menjejaskan keharmonian dan kebebasan beragama. Perkara ini terkandung di dalam seksyen 19(3) draf undang-undang IFC.

7. Apakah sikap kita?

Menentang sekeras-kerasnya penubuhan IFC. Kita sanggup mati demi agama kita. Penubuhannya bukan sekadar perlu ditangguhkan, tetapi jangan sama sekali dibenarkan. Semua saluran perlu digunakan untuk menghalang penubuhan IFC. Jika anda mencintai Islam, anda sepatutnya menyebarkan risalah ini

Kredit= Thanzos to Aimi Farhana
Pleasant listening :Pujaanku by Melly feat Jimmo
Pleasant watching :Senario XX on cinema

Wednesday, March 9

Bile bercakap gune kepala lutut


oleh:
Sharifah Shahirah Binti Syed Barakbah
Alor Setar, Kedah.
Bekas Exco Pergerakan Puteri Umno Malaysia -

Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk melahirkan rasa simpati terhadap Jeslina Hashim, seorang artis yang terlibat dalam satu serbuan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di kelab Zouk di Kuala Lumpur baru-baru ini. Saya juga turut bersimpati dengan lebih kurang 100 orang pemuda dan pemudi yang turut ditahan oleh JAWI.

Saya ingin jelaskan di sini bahawa serbuan dan tangkapan yang dibuat oleh JAWI ini amat bertentangan dengan konsep Islam Hadhari. Islam Hadhari yang bertamadun tidak pernah membenarkan seseorang diperlakukan dengan kasar oleh pegawai-pegawai JAWI apatah lagi dia ditahan di tempat yang jelek bagi seorang Islam untuk kunjungi serta dalam keadaan yang mengaibkan sehingga mendapat layanan sepertiseorang 'banduan'.

Saya ingin mempersoalkan mengapa tiada peraturan yang jelas mengenai pengunjung yang dibenarkan pergi ke pub-pub atau kelab-kelab malam, adakah orang Islam dibenarkan? Apakah pakaian yang dibenarkan? Mengapa tidak dijadikan ia peraturan, dan jika sesiapa yang langgar peraturan tersebut?

Ini tentunya membawa maksud tindakan ini amat bertentangan dengan Islam Hadhari. Islam Hadhari yang memfokuskan tentang ketamadunan bangsa dan kemajuan negara tidak pernah menyalahkan individu apabila individu terbabit tidak menutup aurat. Apatah lagi jika seseorang itu memakai baju tanpa lengan. Ini kerana individu terbabit bukanlah seksi sehingga meniru artis barat yang terang-terangan lari dari nilai ketimuran.

Islam Hadhari juga tidak mengharamkan hiburan kerana pemuda-pemudi Islam juga wajar mendapatkan hiburan selepas penat lelah bekerja atau belajar di siang harinya. Apakah mereka bersalah sekiranya mereka ingin bersuka dan berhibur sambil mendengar lagu kesukaan mereka secara 'live'?

Tindakan JAWI itu telah mencemarkan imej Islam Hadhari yang tentunya melarang seseorang menghina remaja wanita berikutan pakaian mereka yang dikatakan kurang sopan dan tidak membenarkan salah seorang daripada mereka ke tandas untuk membuang air kecil.

Saya amat menyokong tindakan yang diambil oleh kepimpinan Pergerakan Puteri Umno Malaysia yang menyediakan sebuah pasukan peguam untuk membantu remaja-remaja wanita yang terlibat bagi mendapatkan hak pembelaan yang sewajarnya di mahkamah.

Saya juga menyeru agar pihak JAWI atau mana- mana pihak berkuasa agama negeri supaya tidak menjalankan operasi penguatkuasaan tanpa mengikut garis panduan umum dan etika yang disediakan di samping mendapatkan aduan awam terlebih dahulu.

Saya juga mengambil kesempatan di sini mengingatkan para mufti dan agamawan tanahair khususnya Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria agar tidak membelakangi pihak berkuasa agama dengan mengeluarkan fatwa sebarangan seperti yang beliau katakan bahawa Konsert Sure Heboh TV3 adalah haram.

Saya berpandangan Konsert Sure Heboh TV3 patut diteruskan kerana ia mendatangkan keuntungan kepada syarikat televisyen terbabit yang secara tidak langsungnya menambahkan hasil pungutan cukai kerajaan.

Sekiranya pihak terbabit menganggap konsert tersebut menghalang orang ramai menunaikan solat Maghrib, orang ramai sebenarnya tidak dihalang untuk menunaikan solat Maghrib sebelum menyaksikan konsert terbabit.

Saya berharap kejadian yang memalukan sebegini rupa haruslah dijadikan iktibar oleh JAWI dan pihak berkuasa agama negeri yang lain supaya ia tidak lagi berulang di masa hadapan. Marilah kita sama-sama memajukan negara kita dengan memberikan sumbangan yang lebih berfaedah.

Sharifah Shahirah Binti Syed Barakbah
Alor Setar, Kedah.
Bekas Exco Pergerakan Puteri Umno Malaysia

kesimpulan:
bercakap pakai kepala...jgn pakai kepala lutut. Pendapat yang salah akan menyerlahkan kecetekkan ilmu.

Ini aku dapat dari kawan aku Kaem. Sape2 yang borin takde keje tu, meh lah kite pikir. Di mane kite letakkan agama kite?

Pleasant listening :Hilang Dalam Ramai by Exists
Pleasant watching :Golden Faith on TV3

Friday, June 4

Perhatian Penting!!

Menurut laporan Polis seorang wanita telah dirogol oleh 5 lelaki di sebuah kelab malam di Singapura pada malam Sabtu sebelum ditinggalkan.
Wanita tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex, sejenis pil "mencuci" yang kecil. Dadah tersebut kini digunakan oleh perogol-perogol dan kemudian "mencuci" mereka.

Progesterex dibekalkan kepada para Doktor haiwan untuk "mencuci" haiwan besar. Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol, sebagai dadah "Dating" dan rogol. Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa pun esok paginya, apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut.

Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan "mencuci" agar si mangsa tidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan diperogol tidak bimbang untuk perlu menjalani ujian air mani dan DNA kemudian. Kesan dadah ini adalah K*E*K*A*L terhadap si mangsa. Prodesterex asalnya adalah untuk memandulkan kuda, Mana-mana wanita yang mengambilnya TIDAK AKAN MENGANDUNG SAMPAI BILA-BILA. Si durjana boleh memperolehi dadah ini boleh mendapatkan dadah ini dari pusat haiwan atau mana-mana universiti, dan ia diramalkan akan digunakan dengan berleluasa di kampus-kampus.

Tolong edarkan maklumat ini kepada semua yang anda kenali,terutama teman wanita dan gadis remaja. Berwaspada apabila anda keluar, jangan biarkan minuman anda terbiar tanpa dijaga oleh orang yang anda percayai.


Aku dpt artikel dr emel. Malas nak foward kat org, publish aje kat blog. Abeh citer.

Pleasant listening : Venusia by OAG
Pleasant watching : Chicken Run on TV3

Wednesday, January 7

EMEL YANG MENGANCAM

>-------Original Message-------

From: Nor
Date: Thursday, June 12, 2003 9:30:35 AM
Subject: [Fwd: FW: X-UIA- Bacalah untuk bangsa sendiri]

Cuba habiskan masa anda sebentar untuk maklumat ini... selepas itu
terpulang pada anda untuk bertindak... dan tolong jgn fwdkan pada kaum cina... atau pon kaum lain... TOLONG BACA INI SEHINGGA HABIS, SEKIRANYA ANDA SAYANGKAN MELAYU & ISLAM DI MALAYSIA.PERHATIAN KEPADA SELURUH BANGSA MELAYU ISLAM. Rencana di bawah adalah diterbitkan oleh sebuah majalah di London, penuntut Melayu yang ada di sana perlu dan bertanggungjawab untuk disebarkan ke tanah air. Rencana tersebut telah dialihbahasakan ke
dalam Bahasa Melayu seperti ternyata di atas. Setelah saudara / saudari meneliti akan hakikatnya, saya memintasaudara / saudari merenung sejenak jauh ke hadapan akan nasib bangsa kita. Tidak mustahil dalam jangka masa dua penggal pilihanraya akan datang, segala hasrat dan cita-cita tersebut akan dapat dibuktikan kepada kita semua. Memandangkan kepada jumlah pengundi di Malaysia sekarang ini seramai 7 juta itu, hampir-hampir separuh darinya terdiri dari bangsa Cina. Kita sebagai anak pribumi Malaysia Jati, wajiblah menginsafi dan bertindak cepat sebelum nasi menjadi bubur. Sedarlah, insaflah, bangunlah be!rsatu, pada menjalani kesedaran pertaruhan ini. Janganlah diabaikan. Ingatlah kebangkitan kamu di hari ini walaupun kecil akan dapat menghindarkan kehancuran agama, bangsa dan tanah airmu BUMI MALAYSIA. Jangan biarkan generasimu dan anak buahmu di hari kemudian menangis tersedu sendirian. Jangan biarkan ayam mati kelaparan dikepuk sendiri dan itik kehausan di kolam sendiri. Nenek, ibumu dan bapamu yang telah lewat usianya itu tidak mungkin boleh dijaga tau disedarkan lagi. Hanya kamu golongan yang bersemangat waja ini saja yang boleh memainkan peranan ini. Panjangkan salam kesedaran ini kepada saudara-maramu yang lain demi bagi melindungi maruah bangsamu.

"BANGUN MELAYU, ISLAM DAN PERTIWI".

Bangkitlah dari sekarang sebelum terlambat......... > > Unit sebaran Am.

Rencana ini adalah diterbitkan oleh sebuah majalah di London
TAJUK: 'BERSATULAH KAUM CINA'

Kita semua kaum !Cina di mana sahaja kita berada mestilah berbangga dengan bangsa kita, samada Cina Amerika, Cina Singapura, Cina Taiwan dan Cina Malaysia. Kita mestilah mengekalkan identiti kita. Di Malaysia, kita mesti memberitahu anak-anak kita dan mengajar mereka cara-cara perjalanan halus. Setakat ini oleh kerana kedudukan kita, kita tiada pilihan untuk memilih kerajaan yang majoritinya dikuasai oleh orang Melayu. Tetapi kita sedar dibidang perniagaan dan perindustrian, orang Melayu tidak ada melainkan mengekalkan bangsa kita (Cina) sebagai unsur utama meninggikan ekonomi Malaysia dengan meletakkan keutamaan Bahasa Manderin atau Kantonis di dalam akhbar tempatan sebagai syarat penerimaan atau syarat kelayakan perlu. Maka orang-orang Melayu tentunya terpinggir dari bidang pekerjaan tersebut.

Jadi kita mengambil kesempatan ini atas kedudukan kita dan meminta hak-hak politik. Orang-orang kita yang bergiat di bidang pelajaran hendaklah! Pastikan bahawa generasi yang akan datang tidak akan diajar segala pengorbanan orang Melayu, terutama sekali dalam pelajaran sejarah, Ilmu Alam dan lain-lain mata pelajaran, baikpun di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Kita mesti mengajar anak-anak dan anak orang Melayu supaya mempunyai pendirian bahawa kejayaan itu bergantung semata-mata atas kebolehan. Untuk tujuan ini kerajaan Singapura yang kita harus banggakan kerana telah berjaya memecah-belahkan orang-orang Melayu dengan cara membahagikan mereka kepada banyak puak seperti Banjar, Acheh, Bugis, Mandaling, Boyan dan lain-lain. Dari kesannya jiwa rancangan ini, orang Melayu yang dulunya merupakan 19% daripada penduduk Singapura, sekarang hanya tinggal 10% sahaja. Sekarang mereka tiada pilihan melainkan memuji kerajaan Singapura kerana memberi mereka satu kestabilan, keadilan dan harapan untuk masa depan iaitu mana-mana bentuk yang kerajaan suka dan fikirka!n, pasti mereka terima, sebabnya orang Melayu di sana tiada mempunyai suara lagi dan mereka akan tetap menumui kegagalan.

Sebagai orang Cina tulin, saya juga berbangga dengan cara yang dilakukan oleh En. Lim Chong Eu di Pulau Pinang untuk memecah belahkan orang-orang Melayu di sana. Beliau telah berjaya mengambil tanah-tanah orang-orang Melayu dan memajukannya sebagai kawasan perumahan dan perindustrian.Oleh kerana harga rumah-rumah itu terlalu tinggi bagi orang Melayu,mereka tiada keupayaan langsung untuk memiliki rumah-rumah tersebut. Polisi ini tidak sahaja harus dilakukan di Pulau Pinang, tetapi juga di lain-lain tempat selain bandar-bandar besar seperti Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban, Melaka, Johor Baharu dan Kuantan. Kita orang Cina harus mara ke Alor Setar, Kangar, Kota Baharu dan Kuala Terengganu. Tujuan kita ialah untuk menguasai segala kegiatan perdagangan yang berkaitan dengan bahan makanan, enjin, bank!-bank serta pertanian. Alasan yang munasabah perlu dicari dan dikemukakan kepada kerajaan untuk menaikkan harga barang-barang keperluan harian. Inilah yang kita akan terus gunakan untuk mendapatkan kekuasaan politik di Malaysia.

Oleh kerana kita telah kukuh di bidang Antarabangsa, kita mesti menganggap bahawa saluran penyebaran am yang ada pada kita. Setakat ini, dunia menganggap bahawa kerajaan Malaysia sekarang adalah anti Cina dan Pro-Melayu dan juga kita orang Cina ditindas. Orang Cina tersingkir dari kebanyakan peluang, itulah anggapan mereka.
Juga bahawa kepakaran dan titik peluh kita telah tidak diberi dan mendapat ganjaran yang sepatutnya. Walau bagaimanapun, kebelakangan ini terdapat langkah-langkah yang diambil oleh elit-elit Melayu untuk mengubah gambaran ini dan menyuarakan apa yang sebenarnya berlaku. Kita sebaliknya mematahkan langkah-langkah itu sebelum ianya berjaya dilaksanakan.

Dalam bidang polit!ik, orang-orang Cina haruslah bergembira dengan perpecahan demi perpecahan terlibat di kalangan orang-orang Melayu dengan keluarannya Pas dari Barisan Nasional, keluarnya ahli UMNO ke parti KeAdilan dan semakin perpecahan itu menguntungkan kita. Saya sebagai orang Cina, sangatlah bergembira untuk memberitahu anda bahawa salah satu sebab penyingkiran itu adalah jarum dan tindak-tanduk teman-teman kita Gerakan dan MCA di dalam Barisan Nasional dan DAP dari luar. Sekarang tibalah masanya untuk kita menanam perasaan benci di kalangan orang-orang Melayu terhadap pemimpin mereka. Kalau kita bijak menjalankan operasi kita, kita akan berjaya mengasingkan Perdana Menteri sekarang ini yang terlalu jujur menjadi seorang ahli politik. Kalau kita orang-orang Cina bersatu, kita berjaya memecah belahkan Dato' Sri Dr.Mahathir Mohammad dengan Dato' Sri Anwar Ibrahim, kumpulan Abdullah Ahmad Badawi dengan Kumpulan Najib Tun Razak.

Apabila British meninggalkan Malaysia, pemerintahan adalah di tangan beberapa orang Melayu pilihan. Kita ketahui bahawa pemimpin-pemimpin Melayu ini kiranya disukai oleh orang Melayu sendiri. Pada keluruhannya, mereka adalah orang-orang miskin tetapi bernafsu besar. Kita berkeupayaan memberikan apa yang mereka mahu. Kita akan terus mendapat apa yang kita kehendaki dari mereka. Kemudia sesudah kita memberi mereka secukupnya, kita akan mendedahkan mereka ini. Kita akan meminta mereka supaya dilucutkan daripada jawatan- jawatan mereka. Kita tidak akan rugi apa-apa dengan pemecahan itu, malah menguntungkan orang-orang Cina.

Pekerjaan ini mesti dijalankan dengan licin, supaya intelek-intelek Melayu tidak akan menyedarinya. Setakat ini kawan-kawan kita di bidang perniagaan telah berjaya mengenepi!kan Dr Mahathir, Dr Abdul Rahman Yaakob dan semua pelampau-pelampau dalam UMNO termasuk juga sektor kerajaan Kita orang-orang Cina harus bangga kerana orang-orang Melayu yang menerima rasuah ini telah diletakkan di badan-badan berkanun. Di UDA kita telah mendapat keuntungan yang banyak walaupun orang kita nombor dua di situ. Mereka yang tidak mempunyai pandangan yang kuat akan terus sanggup menjual orang-orang dari bangsanya sendiri, kiranya mereka diberi apa yang mereka kehendaki dan kita pula hendaklah menggunakan kelemahan mereka ini untuk kepentingan diri kita.

Kita akan gagalkan mereka dengan Tentera Darat, Laut dan Udara. Kita akan terus gagalkan mereka dalam polis. Kita telah buktikan bahawa tanpa kita orang-orang Cina, mereka tidak akan mendapat apa-apa maklumat berkenaan dengan kegiatan Komunis. Kita juga perlu bekerjasama dengan pergerakan di bawah tanah kerana tujuan kita adalah sama iaitu menguasai Malaysia. Kepada kita, caranya tidak lain sama ada menerusi politik atau perjuangan bersenjata. Satu perkara lagi yang patut kita gunakan adalah kebencian yang ada pada orang-orang Melayu dengan Sultan-Sultan mereka. Kita mesti menguatkan lagi kebencian ini supaya apabila orang-orang Melayu tidak mempunyai kepercayaan terhadap Sultan-Sultan mereka, mereka akan hilang suatu symbol perpaduan dan kita dengan mudah sahaja dapat membawa mereka kepada kemusnahan mereka sendiri.

Untuk membuktikan apa yang saya katakan, sebagai seorng Cina, kita tahu kerajaan Malaysia sekarang lemah. Kelemahan ini terbukti dengan kegagalan mengawal harga barang-barang keperluan. Kita boleh menurun>mana-mana cukai dengan menurunnya harga buah oren menjelang Tahun Baru Cina, tetapi kerajaan tidak berbuat demikian apabila tiba Hari Raya orang-orang Melayu kerana saya tidak pernah ingat harga buah kurma diturunkan menjelang Hari Raya. Pemimpin-pemimpin Melayu bertujuan untuk menolong orang-orang melayu dalam rancangan Malaysia ke-7. Kita orang-orang Cina harus menunjukkan sokongan kita terhadap rancangan ini kerana kita tahu mereka tidak akan mencapai matlamatnya. Di sebaliknya, apabila mereka tidak memajukan rancangan Felda, kita orang-orang Cina akan mendapat keuntungan melalui pembinaan jalan, pembinaan bangunan, pembinaan rumah-rumah, parit, pemotongan pokok,penyediaan tanah dan lain-lain. Segala bentuk pembangunanakan membawa keuntungan kepada orang-orang Cina,yang juga bermakna kejayaan serta kekayaan orang-orang Cina akan bertambah.

Sekarang ini saya percaya, orang-orang Cina sudahpun memegang 60% daripada kekayaan negeri ini termasuklah tanah. Sebaliknya orang-orang Melayu hanya memegang 3% berbanding 4% kepunyaan asing. Kita tidak boleh berpuas hati. Kita orang Cina hendaklah mendapatkan kekayaan orang-orang asing ini sebelum ianya jatuh ke tangan orang-orang Melayu. Taktik kita memberi saham kosong kepada orang-orang Melayu hendaklah disambung terus kepada orang-orang Melayu ini dan akan mengenepikan orang-orang Melayu lain daripada memasuki bidang kewangan terutamanya sebagai akauntan.

Di bidang pelajaran kita mesti mewujudkan Universiti Merdeka secepat mungkin. Kita mesti terus menghantar beribu-ribu anak-anak kita ke Hong Kong, Taiwan, Amerika atau di mana-mana di dunia ini. Apabila mereka pulang kita akan memasukkan mereka di sektor-sektor swasta yang mengandungi 80% daripada peluang pekerjaan.
Oleh kerana keadaan ini, kerajaan sekarang ini yang pro-Melayu tidak akan berjaya menguasai keadaan pasaran. Petani-petani yang terdiri dari 75% orang-orang Melayu terus tidak bertanah. Nelayan akan tetap miskin oleh kerana pegawai-pegawai kerajaan mereka sendiri sudah tidak boleh dipercayai lagi.

Orang Cina harus menolong untuk memusnahkan segelintir pegawai-pegawai Melayu yang dedikasi dengan membawa mereka ke golongan kita. Kita dengan demikian diharapkan akan membuat mereka gagal dalam tujuan asal mereka. Ini> kita pastikan lakukan dengan usaha bersama antara sektor swasta atau kerajaan. Beberapa di kalangan Cina mungkin bertanya sama ada boleh atau idak mengambil alih negara ini dengan pasukan tentera. Saya menjawab, mereka hanya general-general bodoh. Lihatlah sahaja kelulusan mereka dan pengalaman mereka dan lihat pula apa yang berlaku di Indonesia.

Di Indonesia mereka semua boleh dibeli. Jadi, setelah kita memegang kuasa politik, kita boleh ketepikan pasukan tentera ini. Kita orang-orang Cina mempunyai kebolehan untuk bermuka manis dan dipercayai oleh> orang-orang Melayu dan kita harus memainkan peranan kita dengan baik. Kita akan terus bermanis muka dengan berkawan bersama mereka kerana waktu ini kita belum boleh menunjukkan niat dan belang kita yang sebenar.

Contoh yang paling konkrit kita mengalami kekalahan teruk dalam atasan dan saya tahu apa yang ada di dalam otak mereka, dan apa yang difikirkan. Pada keseluruhannya,pemimpin-pemimpin sekarang sedang>takut menemui pengundi mereka. Kita mesti mengumpulkan tenaga dan usaha mematahkan mereka dengar cara perlahan-lahan. Pada masa yang sama juga kita mesti perkuatkan dan mengapikan risauan kesangsian orang-orang Melayu terhadap pemimpin-pemimpin mereka. Ini kerana terlalu jelas ketidakstabilan dan kemiskinan masyarakatnya. Akhirnya diharapkan mereka ini tidak akan berminat untuk mengundi danmbiarkan takdir yang menentukannya. Kita akan membuat penentuan ke atas mereka dan masa depan mereka kerana orang-orang Cina akan menjadi pemimpin-pemimpin mereka itu.

Oleh Dr. Ng. Seng

HANTARKAN MESEJ BERMAKNA DAN PENTING INI KEPADA SEMUA RAKAN2 ANDA, JIKA ANDA ORANG MELAYU YG SAYANGKAN TANAHAIR KITA DARIPADA DIKUASAI BANGSA ASING! JANGAN SUATU MASA KITA MENAGIH DI TANAH SENDIRI, BERPUTIH MATA DAN HATI. PERHATIKAN SIKAP MEREKA DI TAHAP INSTITUSI TINGGI,MANIS BICARA TAPI.........JIKA ANDA TIDAK PERCAYA, SAYA CABAR ANDA SIASAT KEBENARAN FAKTA YG DINYATAKAN DI ATAS....KITA JUAL BANGSA MELAYU...

Friday, December 12

10 Jenis Orang Islam Yang Kejam [Edisi Jumaat]

Sufyan Atsauri berkata: "Sepuluh macam daripada
kekejaman ialah:

1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan
tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.
2. Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap
harinya tidak membaca seratus ayat.
3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak
sembahyang dua rakaat.
4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian
tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.
5. Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat
kemudian tidak sembahyang jemaah.
6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang
alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa
daripadanya.
7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan
masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.
8. Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak
datang.
9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar
ilmu dan kesopanan.
10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa
tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.

Friday, October 31

Sudah Tunai 10 Hak? [Edisi Jumaat]

Sebelum Imam Syafie pulang ke Rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut adalah kandungan wasiat tersebut : “Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara.”

1. Hak kepada diri – Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada

2. Hak kepada malaikat maut – Menqada’kan kewajipan2 yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kepada Allah

3. Hak kepada kubur – Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata2, memperbanyakkan solat Tahajud dan membantu orang yang dizalimi.

4. Hak kepada Munkar dan Nakir – Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati.

5. Hak kepada Neraca Mizan – Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

6. Hak kepada Titian Sirat – Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman, dan suka berjamaah.

7. Hak kepada Malik – Menangis lantaran takutkan Allah, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang2an serta bersembunyi dan memperelok akhlak.

8. Hak kepada Ridhwan – Berasa redha dengan qada’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

9. Hak kepada Nabi Muhammad S.A.W – Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada As-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

10. Hak kepada Allah S.W.T – Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Dipetik daripada Majalah Blues Selamanya