Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, May 6

Pencen

Aku pun tak tau nak tulis ape. Yang pastinye, hidup aku sebagai seorang studentoz dah berakhir dengan berakhirnya exam Cosumer Chemistry semalam. Perasaan aku? Melayang...bulan menari...di atas angan...langit cintaku (hehehe...lagu Dewi Sandra laaaa....).

Yang pertama aku rase lega.
Hampir setahun aku melalui hidup yang paling hectic sepanjang bergelar pelajar. Hidup aku tak keruan. Aku terpakse lupekan aktiviti kesukanan aku. Aku tak concentrate pada study. Aku lipe pasal exam. Aku banyak baca jurnal. Aku banyak tensen!! Semua hanyalah kerana Projek Sarjana Muda atau name komersialnye tesis. Aku jadi obses pada Scinece Direct, pada lab, carbon nanotubes, tube furnace, methane, ethlyene, Ijima dan segala macam ikon dunia nanofibre. Sebenarnya pada detik ini pon derita aku blom berakhir. Masih ade lagi kerja yang belum selesai. Tesis masih belum diperbetulkan lagi utk hard cover. Prosiding masih belum dicantikkan lagi utk dipublish kat Buletin Kimia. Buku log tak lengkap lagi untuk disemak supervisor. PDF tak buat lagi utk dihantar pada penyelaras. Lega ini sebenarnye ditujukan kepada exam yang berakhir. Exam kali ini sangat bermasalah kerana aku ade banyak komitmen lain.(ini cerite Chem Nite yang akan ditulis lain kali). Legalaaa...exam dah abes. Barulah aku bleh sambung concentrate pada tesis aku.

Yang kedua sedih.
Aku adalah antara 30 orang terakhir yang amik paper kat UTM neh. Yang lain dah abeh paper awal. Jadi aku tak sempat nak jumpe kengkawan aku buat kali terakhir sebelum meninggalkan UTM neh disebabakan kesibukkan aku terhadap exam dan chemnite menyebabkan aku tak sempat nak berjumpe menyampaikan kata2 terakhir. Yang mane sempat jelah. Sedih aa lepas neh jumpe lagi pon waktu konvo nanti. Aku dah aa malas nak gi konvo. 3 tahun aku hidup ngan derang. Berkongsi rasa dan cerita yang sama walaupon tak bertegur sapa. Syahdu siot. Time cakap ngan Nage yang selama ni hai-hai-bye-bye je pon aku rase sayu. Aku akan selalu ingat. Kimia Industri batch 2002/2006 UTM. ------blues....-----

Yang ketiga kosong.
Walau perit macamana pun jadi studentoz, aku rase sangat bermakna. Segenap ruang kosong semuanya terisi dengan perkara2 yang amat bermakna. Itulah kehidupan aku. Berlari ke makmal, study gile2 masa nak exam, betapa kat PSZ cari info, print tesis, celebrate abes exam, aktiviti hilangkan tensen, semuanya sangat bermakna. Aku bakal melangkah pergi meninggalkan semua rutin aku dan masuk dalam cerita baru. Betapa ku perlu masa untuk memenuhi rutin aku yang berbeza. Adusss...kosong...

Kenapa kite slalu menghargai sesuatu bile ia mula hilang dari hidup kite?

Pleasant listening :Aku Tak Bisa by Slank
Pleasant watching :Nanny McPhee

No comments: