Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, April 5

Pemudah Cara

Semalam aku pegi cari majalah Cosmopolitan. Dah 2-3 hari gak aku cari tapi tak dapat. Aku ingatkan tak sampai lagi rupenye dah abes. Nasib baik cari kat MPH ade. Bile balik tengok dalam plastik ade penande buku. MPH bagi sempena ulang tahun derang yang ke 100. Pastu bile selak2 mag tu dpr lg satu penanda buku dari Hugo Boss (minyak wangi) plak. Erk...

Aku sebenarnya tak pandai nak guna penanda buku walaupon aku gile membaca (tapi aku tak suke bace buku kimia). Kalau aku membaca dan perlu berhenti, aku akan berhenti pada page2 yang senang aku ingat macam 194 (nomak aku ms kat MRSM KT) ke, 276 (bday aku) ke, bab sekian2 ke xpon no2 cam 100, 200, 300. Jadi aku xperlu jd ‘org tu’ (sesape yg berkenaan jgn mrh) yg terjerit2 bile org lain terhilangkan tanda berhenti membaca derang.

Penanda buku tu orang takrifkan sebagai pemudah cara. Pemudah cara ini adalah sesuatu yang dicipta untuk memudahkan sesuatu. Sbg cnth, fail yang memudahkan kite membawa sebemban kertas dengan tersusun, blender utk mudahkan kite menghancurkan makanan ataupon gayung untuk cedok air dalam kuantiti yang kecil. Senang cakap pemudah cara ini dicipta untuk pengkhususan fungsi aa.

Tapi aku kurang gemar pemudah cara. Leceh. Satu barang untuk satu kegunaan sahaja bagi aku adalah satu kerugian. Aku suka barang yang banyak fungsi. Seperti contoh lesung batu, selain dari pada menghancurkan makanan, alunya turut berfungsi sebagai batu asah, pemecah air batu dan kadang2 sebagai tukul besi (kes emergency daaa). Prestasi tinggi siot. Macam org zaman sekarang klw nak beli henset mesti nak yang ade camera, infra red, blue tooth, GPRS, 3G, MP3 dan memacam lagi. Tapi dalam hal neh, aku lebih suke barang seketul2. Sebijik henset, sebijik digi-cam dan sebijik MP3. Prestasi tinggi gak hape. Hahahaha..klasik betul aku neh.

Errr....aku nak buat ape ngan penande buku ni? Masuk kotak khazanahler jawabnye...

Pleasant listening :Hasrat by Phyne Ballerz
Pleasant watching :Buli Balikon VCD

No comments: