Berapa banyak soalan bermain difikiran aku 2-3 bulan neh (atau sepanjang tahun neh?).
Dulu2 bile tengok filem atau drama (senang cakap cerita) berkisar mengenai kehidupan studentoz (lebih2 lagi pelajar pendidikan tinggi), macam best jek kan? Bile aku dah jadi 'pelakon itu' aku rasa...err...ntha....semakin tak berasa. Aku pelik.
Bile aku kenangkan balik cerita2 itu, aku rasa memang pelik. Ambil contoh cerita bersiri Terlerai Impian (atau vice versa) lakonan Ijoy dan Sharifah Shahira yang ditayangkan kat TV2 tahun 2001 (tak silap aku), mereka menggambarkan budak U neh banyak bebenor mase bersuke ria, keluar malam, beronggeng. Bile mase derang study, wat asgnment atau cari refference ek? Tapi bile aku (sbb skang neh final year) hampeh, aku rase idup aku kelang kabut. Jangankan nak beronggeng, nak potong kuku sendiri pon kadang tak sempat. Kenape ek?
Kadang2 aku rase jemu laa (aku memang cepat jemu). Err...ntah, bile dah final year neh aku slalu berdoa cepatlah abes...cepatlah abes. Bile orang tanya xnak sambung Master ke, aku geleng sampai nak tercabut kepala aku. Aku letih belajar, lebih letih bile mengenangkan nasib kengkawan aku yang akan terpinga2 mencari pekerjaan bile dah grad nanti (aku dah kompem keje ngan MARA). Malah mulut jahat aku slalu bergurau ngan sepupu2 aku "xyah belajar pandai2 masuk U, karang keluar bukan ade keje ponnnnnnn.....last2 ekau keno kojo kilang jangg...". Kata orang itu persepsi aku jek. Ye ke? Itu bukan persepsi laa. Itu realiti.
Kenapa graduan skang tak laku ye? Pendapat aku la kan, silibus dah tak sesuai. Silibus skang neh macam sesuai untuk melahirkan cikgu ataupon researcher sahaja tapi bagaimana dengan pekerjaan lain (maksud aku dalam bidang aku laaa). Terlalu banyak teori yang berselirat dalam kepala optak aku neh tapi aku mosykel apakah akan tergunakah teori2 itu bile aku berkeja nanti. Aku ambil batu arasnya - masa praktikal. Dah nama praktikal, mestilah lebih praktikal dari teorinya. Memang bermasalah (kengkawan aku dari U lain laa). Alat radas pon tak kenal inikan plak nak menggunakannya. Naseb baik aku agak tau laa gak sebab aku memang keje duk kat lab. Bleh gak aku coverkan derang. Tapi yang pakai teori sket plak laa kan. Camne tu ek?
Hidup ni memang takde yang senang, kalau senang karang boring plak laa kan. Itu memang sebahagian daripada cabaran hidup. Bile ade cabaran barulah hidup neh ade makna dan rasanya.
Oh ye, skang neh sepatutnya cuti tapi aku tak bercuti ponn. Wat lab utk PSM aku. Aku akan ke Kedah malam neh. Aku pon masih meragui kewajaran aku pergi bercuti pada waktu cuti yang tak bercuti ini. Aku akan kembali semula ke JB pagi Isnin untuk sambung lab lagi. Aku harap semua berjalan ngan lancar selancar yang dirancang. Korang doakan aku grad ye tahun depan.
Pleasant listening :Di Pintumu by Mawi
Pleasant watching :Just Like Heaven on VCD
Wednesday, December 7
Adakah?
Labels:
My Point of View
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment