Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, March 23

Lady's Crown

Aku tgh wat discussion utk TGA sbnrnye neh, tapi takde idea aa. Sbnrnye, aku tak reti nak interpret graf tu ler. Ade 2 stages tapi satu jek aku tau. Dok garu2 kepala jek. Aku neh pantang pegang rambut, mesti aku rase ade jek bende yang tak kene. Pantang tul.

Aku ade seribu satu pantang larang pasal rambut. Agak teliti dan berhati2 dengan rambut walaupon aku tak suke sikat rambut. Ketidaksukaan aku terhadap menyikat rambut sangat ketara, aku pernah 3 hari tak sikat rambut, malah jika kawan2 datang ke bilik aku pastu cari sikat, paling kejap pon derang amek mase 2 minit cari sikat. Pendek kate tanpe sikat aku bleh hidup. Hahaha. Ala, lagipun aku pakai tudung. Bukan orang tau pon aku sikat rambut ke tak.

Berbalik pada pantang larang, pantang nombor satu aku, jgn sikat rambut bile basah sebab rambut akan cepat gugur. Waktu basah adalah keadaan paling lemah bagi rambut jadi dia akan cepat putus. Jadi jgn sikat. Pantang no 2, rambut hanya bleh dipotong bile kita yakin dengan kehendak kita dan kebolehan tukang gunting telah pon terbukti dengan deretan sijil professional. Kalau takat2 amatur, tak confident aku nyah. Seterusnya, jgn gune pengering rambut (aku xpernah ade pon mende neh) walaupon dalam keadaan terdesak kerana dia bukan sahaja mengeringkan lembapan di luar malam di dalam rambut. Kalau nak tukar syampu, biarkan rambut kita tak bersyampu (aku tak kata tak berbasuh) selama seminggu supaya die tak terkejut bile dapat ‘member’ baru. Pelembap rambut adalah tidak diperlukan kecuali bile ade orang tegur kite dye rambut ke (rambut bile kering jd kaler chestnut tau) sebab pelembap rambut adalah minyak yang bleh menyebabkan rambut berminyak (terutama yang leave-on punye). Tuler setakat neh yang aku mampu tulis tentang pantang larang rambut. Tak payah aa ikut, itu cara aku.

Sunsilk! Aku bleh ganti Wardina! (walaupon aku x pakai sunsilk ponnnn)

Pleasant listening :Kau Yang Pertama by Nassier Wahab
Pleasant watching :Mencari Abdullah on TV3

No comments: