Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, May 27

Biru ke Kuning??



Niler topic pagi kat MHI (Malaysia Hari Ini TV3) ari neh. Sape yang akan menang pada 28 Mei neh kat Bukit Jalil. Team Kebangsaan Malaysia atau My Team? Menarik gak ah sebab aku pun macam rakyat Malaysia yang lain, mengikuti perkembangan My Team sejak awal lagi. Dari detik pemilihan pemain, penyingkiran selepas setiap perlawanan, perlawanan di Old Trafford dan persiapan akhir sebelum menentang Malaysia. Memang menarik.

Jadi sape yang aku sokong? Aku rase patut ade satu lagi soalan yang die tanya. Sape yang akan menang? Sebab kalau akulah, pasukan yang aku sokong lain, pasukan yang akan menang pon lain.

Walaupon aku suke kat Norhafiz Zamani, Indra Putra, Hairudin, Akmal Rizal (die ade ke?), tapi aku sebenarnye sokong My Team walaupon aku x suke si Amir Bulu keeper My Team tuh. Tapi aku harus rasional untuk mengatakan bahawa team kebangsaan akan tetap menang pada malam tu. Mereka pasukan yang establish, berpengalaman dan mendapat secukupnya (malah terlebih) pendedahan, latihan, pembiayaan dan kemudahan berbanding pasukan My Team yang kerdil tuh. Tapi mungkin sekadar menang perlawanan. Kerana pada pendapat aku malam tu, bukan persaingan kekuatan fizikal mental dan skil sebab itu satu perlawanan yang tidak adil memandangkan My Team adalah pasukan yang belum matang…masih putik lagi. Malam tu adalah pertandingan hidup mati mempertahankan maruah, prestij dan reputasi pasukan kebangsaan sekarang sebagai pasukan bola sepak terbaik dan mempunyai kelas tersendiri kat Malaysia neh. Aku menyokong kebanyakkan pemanggil MHI yang mengatakan yang pasukan kebangsaan harus score LEBIH dari 3-0, barulah bleh kata menang. Kalau setakat menang 2-0 atau 2-1 xpayah aa nak dabik dada team kebangsaan oi. Malah ade pemanggil yang lebih kejam yang cakap, kalau kurang 3-0, baik team Malaysia gantung but jek. Hahaha…aku sokong.

Tapi aku agak kesal dengan kenyataan yang dibuat oleh Presiden FAM. Eksen siot! Memang betul team kebangsaan akan menang tapi macam yang aku cakap tadi, setakat menang perlawanan jelah. Tak baik die cakap macam tu. Patutnye die mengalu2kan My Team memandangkan prestasi team kebangsaan yang sangat sangat sangat mengecewakan sejak akhir2 neh. Die patut pandang ni sebagai satu peluang untuk die membuktikan team yang ada skang neh memang yang terbaik. Jangan cakap besar laa. Macam sorang pemanggil yang menyamakan perlawanan neh dengan citer klasik pergaduhan antara orang jawa dan minang. Aku suka contoh tu. Korang tau tak citernye? Citernye, orang jawa dan minang bergaduh dan bersepakat membuktikan kehebatan dengan pertandingan laga lembu. Orang jawa menghantar lembu yang paling gagah dan garang manakala orang minang pula menghantar anak lembu yang belum putus menyusu lagi. Cube teka sape menang? Lembu orang minang aa! Sebab dekat mulut anak lembu die bubuh duri tajam. Lembu tu gila nak menyusu jadi die hisap susu lembu orang jawa. So duri tajam tu pon cucuk aaa perut lembu tu. Tu yang kalah tu.

Jadi team kebangsaan jangan nak berlagak aa. Nanti jadi cam lembu garang tu. Hahaha. Tapi aku harapkan lepas game neh, pemain My Team taklah dibubarkan tapi diteruskan, sampai bleh masuk liga super ke, liga premier ke kalaupon xsampai liga perdana. Best of luck to My Team!!

Pleasant listening :Dealova by Once
Pleasant watching :Malin Kundang on TV2

No comments: