Hehehe....guess wut? I'm 21st!!!! Hari ni besday aku daa. 27 jun. Nothing interesting happened today. Just some felas gave messages on cellphone and some other buddies wrote testi on Friendster. Present plak, I my lil brother bought me The Best Of Blue. But I still waiting for the new realease BSB's album = Never Gone. Kakak aku kate tunggu gaji bulan 7 baru bleh dapat. Xpe aa...as long as i could get it ponnn cukuplah.
Hari ni, bersempena besday aku, I treated my whole family sate for dinner. Tempah cake blueberry lagi. Semua orang kate sedap. yeler, bende tinggal bedal aje.
Aku sbnry hangin2 arini tapi malas citer aa. Mood aku jd ok bile nampak deretan kasut murah kat Summit. Didn't buy them yet, maybe someday yang lebih pleasing dr tadi lah. Maybe with my sis bile dah gaji (bulan depan!?!???)
Bile dah 21...
1) Aku dah bleh ngundi
2) Aku dah bleh shopping sukati aku
3) Aku bleh cari balak???
err.....mungkin tidak atau mungkin nanti...kot...hehhehehe....
Pleasant listening :I Wanna Be With You by Mandy Moore
Pleasant watching :Oh! Feel Young on 8TV
Monday, June 27
Beyond The Age Of Freedom
Thursday, June 23
Kipas Susah Mati
Akhirnye, dapat gak aku beli tape Keunggulan Ziana Zain. Dah lame aim dan dah lama beli ponn... Cume baru neh nak cite.
Overall, album neh best yang teramat sangat terutama bagi kipas susah mati akak Zianaku ini. Sebab, ini album koleksi kebanyakkan lagu terbaik Ziana Zain sepanjang berkecimpung dalam dunia melalak neh. Tapi yang tak puas hati banyak lagi lagu yang cambest tapi xde cam lagu Cinta Di Menara Rindu dan lagu2 rancak dia yang lain. Kebanyakkan lagu dalam neh lagu slow. Cume Satu Detik jek yg fast track. Patutnye, kompilasi ni bukan 2 tape jek tapi 3 tape. Mahal ponn takpe...aku sanggup beli.Hehehe.
Ini merupakan kali pertama aku beli Tape Ziana Zain. Sebelum neh aku beli tape BSB, 'N Sync ngan OAG. Aku kirenye bukan kategori kipas susah mati...aku kipas jek. Hehehe. Yeler, bajet ciput, mane bleh beli tape selalu. Tapi pantang ade majh cover depan die akak Ziana neh, mesti aku beli walaupon majalah Pa & Ma sekaliponn. Hehehe...minat wooo kat die. Biarpon seribu kutukan aku terima, lobang hidong akak Ziana tetap menjadi pojaann hatiku...
Sokonglah industri muzik tempatan. Beli yang ori ok? (Kempen utk tape Ziana Zain aje tau!)
Pleasant listening :Aku Cintakanmu by Ziana Zain
Pleasant watching :Take My Word For It on TV3
Thursday, June 16
Siap tak siap
yang siap - upload gambar praktikal (attention to Lan, Achips, Kak Yan, Ecah n Syahe, the photos are ready, just click Cameo on your left side or click here.)
yang tak siap - report laa...ape lagi. Aku rase aku kene ke JB lebih awal dari tarikh tutup sebab banyak bende yang mengconfusekan aku. Maybe aku pegi hari Isnin.
Pleasant listening :Wrong Impression by Natelie Imbruglia
Pleasant watching :Third Watch on TV3
Wednesday, June 15
The Real Holiday?
Aku dah kat umah dah. Dari hari Sabtu aritu. Hari2 aku online cume xde citer yang nak ditulis. Hari ni baru ade banyak cerita.
Hari terakhir aku kat ofis ari jumaat haritu. Datang opis pakai baju lawa (baju mase chem nite). Sakan bergambar ler aritu. Pagi2 dah ader org belanje sarapan. En Nasir belanja kitorang makan nasi lemak TNB. Balik ofis kemas ape2 yang patut. Banyak betul yang nak dikemas. Petang tu kitorang letak kad yng kitorang wat sendiri kat meja setiap staff. Tak mampu nak bagi hadiah, kad pon jadilah. Untuk kak linda n kak ain kitorang bagiler hadiah. Lepas tu balik tu memang kalut gile sebab ade result eksperimen sangkut. Kelam kabut betul mengemas. Penuh kete ancil member aku ngan barang kitorang yang kitorang selama neh tinggal jek kat opis. Perasaan tinggalkan opis, ntah aa...biase jek. Tapi aku rasa macam ade barang tertinggallah!
Skang neh aku tengah bertungkus lumus menyiapkan report. Kisahnye, mule2 tu aku releks2 jek. setau aku kene hantar 2 minggu lepas latihan berakhir. Bile aku mesej2 ngan Champ smlm, aku dengan riak berkata yang aku x start lagi. Die cakap-tu bukan slamber lagi tu, tu dah giler. Report kene sampai kat fakulti sebelum 21 Jun. Aiyark!! Terkejut beruk aku. Kurang seminggu tu kene siapkan. Hancorlah segala plan yang aku dah rancangkan. Yang aku moskil, Champ dah siap wat report. Ajaib...ajaib...
Result go oversea utk MARA dah ponn kuar. Guess wut, adek aku dapat gi Jerman. Alahai best betul rasanya. Makin kurangler adik aku.....bleh aku jadi anak bongsu...muehehehe(perasan!). Die kene wat persedian 2 tahun kat GMI. Bleh sape2 tlg bagitau aku GMI kat mane ek?
Okler aku nak sambung wat report neh. Bileler aku nak betul2 cuti neh. Xpe...xpe...lepas 21 mesti aku bleh joli2. Huahuahuahauaahahahahaah....
Pleasant listening :Lara by Ziana Zain
Pleasant watching :Simbiosis on TV3
Wednesday, June 8
Kehujanan
Arini aku gi PSZ. Maksudnye kire aku cutila ari neh. Sejak 2 menjak lecturer dah datang semangat aku nak kerja dah terbang dengan pensyarah aku tuh. Al-kisahnye, pensyarah yang datang observe aku tu bukan setakat cuci kitorang malah clorox skali. Kaw2 tul aku kene clorox ngan die. Kepale hotak aku sampai berdenyut2 menerima syarahan yang dah aku duge. Pelik betul aa, time hari2 biase, kitorang bleh wat keje ngan begitu cekap tapi bile pensyarah datang jadi cam cemerkap plak. Tak jumpe corong turas, tak boleh pipet larutan, letak rod pH meter kat luar dan macam2 lagi laa. Aku dihujani dengan pelbagai soalan sehingga aku pon x tau nak goreng ape lagi. Yang lain pandang simpati jek. Hua...hua...xpelah...bende dah lepas.
Aku bertolak awal ari neh. Maklumler dari Uda nak ke Skudai tu xdeler jauh sangat tapi sebab langit dah kelabu taik hanjing terpakseler aku gerak awal. Aku naik moto, bukannye kete. Harapnye tak kene hujan. Tapi hampeh, sampai kat KIP mart dah lebat nak mampos. Nak xnak aku berenti gak kat Shell tapi kejap jek. Aku tgk langit cam xde tande2 nak berenti jek, so aku redah ajeler. Sampai jek kat umah makcik aku kitorang dah macam ayam yang kene campak dalam sungai. basah kuyp tahap boleh perah punye. Kesian...kesian...
So here I am, kat PSZ tgh surf internet. Cari info utk aku wat report praktikal. Alat yang digunakan tu pon agak baru, so susah sket nak cari. Sambil2 tu wat aa keje lain. Oh ye, nak bagitau yang aku dah tukar link untuk gambar. Aku pakai fotopages. Dulu aku pakai yahoo tapi lembab nak mampos, so aku tukar. Jgn lupe click kat CAMEO ek! Tapi gambar lame2 jek tu. Karang bile abeh praktikal aku masukkan aa gambar baru2. Chaloh!
Pleasant listening :Langit Ketujuh by Sharifah Zarina
Pleasant watching :Seindah Janji on TV3
Saturday, June 4
Tentang IFC
PENUBUHAN IFC
Azizi Ali-zuhroh@yahoo.com
1. Apakah Interfaith Commision (IFC)?
IFC yang nama asalnya ialah IRC - Inter Religous Council (IRC) adalah sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama (baca: agama Islam) akibat desakan penganut agama lain. Badan ini berfungsi mirip sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang bersabit. IFC juga akan berfungsi seperti SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan-aduan berkaitan dengan agama.
2. Siapakah yang mencadangkan penubuhan IFC?
IFC digagaskan penubuhannya oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS) atau pun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandumnya kepada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos, 2001. Presiden MCCBCHS ialah V. Harcharan Singh.
3. Siapakah yang paling bersemangat sekali menyokong penubuhan IFC?
Majlis Peguam3 terutamanya Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusia amat kuat menyokong penubuhan IFC dan amat berharap ia akan berjaya. Kronologinya seperti berikut:
* Pada 8 Ogos, 2001, Majlis Peguam telah menerima satu memorandum daripada MCCBCHS mengenai perkara ini dan selepas itu ide penubuhan IRC berjalan dengan lancar.
* Pada 10 Disember, 2001, Majlis Peguam menganjurkan forum mengenai 'Kebebasan Beragama' dan menerbitkan jurnal khas bernama INSAF.
* Pada 8 Disember, 2001 satu perayaan 'Festival of Rights' diadakan dengan tema 'Kebebasan Beragama'.
* Pada 17 Mac, 2003 bengkel untuk menimbang keperluan wujudnya IRC diadakan. Bengkel ini gagal apabila kesemua NGO Islam menarik diri daripada terlibat dengan penubuhan suruhanjaya ini iaitu ABIM, ACCIN4, JUST dan Sisters In Islam5 termasuk Dr Chandra Muzaffar yang menjadi antara orang awal yang mencadangkan dialog antara kepercayaan. Bagaimana pun Sisters In Islam kemudian menyertai semula dan menyokong penubuhan suruhanjaya ini.
* Pada pertengahan tahun 2004, satu persidangan mengenai penubuhan IRC diadakan. Bagi menunjukkan wujudnya sokongan, penganjur seminar telah melantik
kesemua ahli Jawatankuasa Kecil Syariah Majlis Peguam sebagai ahli jawatankuasa penganjur tanpa pengetahuan mereka.
* Mengemukakan draf ketiga undang-undang penubuhan IFC bertarikh Januari 2005 kepada persidangan cadangan penubuhan IFC.
4. Apakah matlamat penubuhan IFC?
Matlamat IFC ialah untuk meminda beberapa ajaran asas Islam yang bakal merugikan orang Islam dan berpihak kepada kepentingan orang-orang bukan Islam.#
5. Apakah tuntutan orang-orang bukan Islam yang dibuat melalui IFC? 6
1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.
4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada
Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.
7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pesakanya selepas kematiannya.
8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan
dana yang serupa untuk masjid. Kerajaan juga perlu membenarkan pembinaan rumah-rumah ibadat orang bukan Islam tanpa perlu adanya peraturan-peraturan tertentu.
9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.
6. Apakah bahayanya penubuhan IFC terhadap Islam?
Berdasarkan draf undang-undang penubuhan IFC, suruhanjaya ini jika ditubuhkan amat berbahaya kepada Islam dari sudut:
1. Membuka ruang seluas-luasnya untuk orang bukan Islam mencampuri hal ehwal agama Islam. IFC jelas sebuah suruhanjaya anti Islam. Ini adalah campurtangan orang bukan Islam dalam hal ehwal agama Islam. Hak perlembagaan bagi mengamalkan agama sendiri
(Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan - Freedom of religion (Kebebasan beragama) tidak berlanjutan kepada mempersoalkan agama lain dan tidak sampai menuntut ajaran agama orang lain dipinda semata-mata untuk disesuaikan dengan kepentingan sendiri. Orang-orang bukan Islam berhak untuk menuntut hak mereka mengamalkan agama sendiri tetapi tidak sampai mempersoalkan dan campurtangan urusan agama Islam. Campurtangan ini amat bahaya. Perkara yang berkaitan dengan agama Islam hendaklah diselesaikan oleh mereka yang berkelayakan di dalam Islam sendiri. 7
2. Menjadikan undang-undang Allah mesti tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta oleh manusia yang menjejaskan aqidah. Norma-norma antarabangsa tersebut ialah:
* Deklarasi Hak Asasi Sejagat 1948
* Konvensyen untuk menghapuskan semua jenis diskriminasi terhadap wanita (disahkan oleh Malaysia pada 5 Julai 1995)
* Konvensyen mengenai hak kanak-kanak.
* Deklarasi untuk menghapuskan semua bentuk ketidaktoleransi dan diskriminasi berasaskan agama.
* Deklarasi mengenai hak-hak orang untuk mempunyai kewargaan, sukukaum, agama dan bahasa minoriti.
* Deklarasi Vienna dan plan tindakan.
Kesemua norma antarabangsa tersebut belum disahkan oleh Malaysia kecuali yang dinyatakan sebaliknya. IFC menuntut supaya agama mestilah mengikut ketentuan norma antarabangsa di atas. Norma antarabangsa tersebut tidak membezakan antara orang Islam dan bukan Islam. Bagi orang Islam, peraturan untuk kehidupan mereka bukan lagi Islam tetapi norma-norma antarabangsa tersebut yang dicipta oleh manusia. Apa sahaja ajaran Islam yang bertentangan dengan norma antarabangsa hendaklah dihapuskan. Ini bermaksud,Allah mesti tunduk kepada norma antarabangsa. Ini menjejaskan aqidah seorang Muslim.
3. Orang Islam bebas melakukan apa sahaja. Manusia adalah bebas. Begitu juga orang Islam adalah bebas. Mereka bebas melakukan apa sahaja termasuk mengamalkan ajaran agama lain tetapi masih boleh mengaku sebagai seorang Muslim atas nama kebebasan beragama. Kebebasan agama ini dijamin oleh norma antarabangsa di atas.
4. Orang Islam bebas untuk murtad. Deklarasi sejagat mengenai hak asasi manusia menyatakan 'setiap orang mempunyai hak untuk bebas berfikir, suara hati dan agama. Ini termasuk kebebasan menukar agama....(artikel 18)'. Ini bermaksud status sebagaiseorang Muslim bukan ditentukan oleh Tuhan tetapi ditentukan oleh manusia. Berdasarkan norma antarabangsa, Islam tidak berhak menghalang penganutnya keluar daripada Islam kerana itu dibenarkan oleh norma antarabangsa.
5. IFC berhak menentukan status agama seseorang. Seseorang yang ingin murtad boleh
mengemukakan permohonannya kepada IFC. Permohonannya akan ditentukan oleh ahli-ahli IFC yang diantaranya adalah bukan Islam. Ini adalah campurtangan yang amat nyata dalam hal ehwal agama Islam. Jabatan Pendaftaran Negara tidak berhak menolak permohonan seseorang untuk menukar nama daripada nama Islam kepada bukan Islam dengan alasan suatu percubaan untuk murtad. Jika permohonan ditolak ini menjejaskan keharmonian dan kebebasan beragama. Perkara ini terkandung di dalam seksyen 19(3) draf undang-undang IFC.
7. Apakah sikap kita?
Menentang sekeras-kerasnya penubuhan IFC. Kita sanggup mati demi agama kita. Penubuhannya bukan sekadar perlu ditangguhkan, tetapi jangan sama sekali dibenarkan. Semua saluran perlu digunakan untuk menghalang penubuhan IFC. Jika anda mencintai Islam, anda sepatutnya menyebarkan risalah ini
Kredit= Thanzos to Aimi Farhana
Pleasant listening :Pujaanku by Melly feat Jimmo
Pleasant watching :Senario XX on cinema