Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, December 16

Le Tour De Utara

Dalam memikirkan kewajan aku beronggeng, aku tetap mengenjoykan diri. Hahaha. Terimalah kawan2, citer percutian aku.

Rabu 7 Dis
Aku bertolak dari JB bersendirian menuju ke Alor Setar. Aku naik bas laa. Sepupu aku dipaksa untuk melambai aku sebab aku jeles semalamnye aku gi lambai kat Noren ngan Roomate yang bertolak dulu ke Kedah. Aku pegi lambat sket sebab nak setelkan lab dulu konon2nya. So derang akan tunggu aku kat sana. Aku duk seat single. Sepanjang jalan aku bantai tido.

Khamis 8 Dis
Bukak2 mata dah pukul 7. Erk...baru sampai Tol Juru? Baru kat Penang? Hampeh. Kul 9.45 barulah aku sampai Stesen Bas Shahab Perdana kat Alor Star. Hujan plak tu renyai2. Yang menjemput aku , Kak Eda -kakak Chang merangkap bakal pengantin yang bakal bersanding hari Ahad. Pastu aku terus dibawa ke rumah Roomate kat Anak Bukit. Chang, Ctah dah ade kat sane. So aku bersiap dan makan sebelum kitorang bertolak ke Kepala Batas menjemput Husna. Sampai umah Husna makan lagi, pasemboq ngan nasi himpit. Mak die siap tapaukan utk kitorang lagik. Pastu kitorang semua bertolak ke Changlun (Umah Chang) plak sebab kitorang akan ke Langkawi melalui jeti Kuala Perlis. Dalam kul 1.30 kitorang bertolak ke Kuala Perlis. Bakal penganti yang hantar. Kami bertujuh menaiki Wira (bayangkan betapa sardinye...). Kitorang dapat tiket kuk 2.30. Maka bermulalah percutian kitorang ber-6 ke Langlawi (Aku, Husna, Chang, Ctah, Noren n Roomate).

Kitorang sampai jeti Kuah dalam 3.30ptg. Pastu terus telefon orang sewa kete. Kitorang sewa Iswara jek tapi agak mahal sebab tengah LIMA. Dalam keadaan xtau jalan aku gagahkan gak drive kete berpandukan penunjuk jalan Roomate yang baru ke Langkawi sebulan lepas. Lepas terpusing2 mencari stesen miyak, kitorang meneruskan perjalan ke Teluk Ewa. Umah makcik Husna kat sana. Kitorang tido situ sebab makcik die balik Kedah. Sampai umah letak barang terus ke Oriental Village nak naik kete kabel. Tapi disebabkan keadaan hujan gerimis, kete kabel xde. So kitorang amik gambar sekitar tempat tu. Kat situ macam Jonker Street aa plak. Pastu on the way balik singgah Marina Bay amik gambar lagi. Cantik tempat tu, macam pelabuhan kat Liverpool. Sampai umah, solat dan bersiap. Lepas maghrib kitorang bertolak ke Pekan Kuah utk bershopping. Jauh gak nak ke Kuah. Adeler stgh jam sebab bwk kete xleh laju. Satu, sebab byk gile selekoh maut pastu malam dan gerimis. Kitorang balun shopping sampai kul 9.30 malam. Balik umah mandi dan makan. Kitorang (sebenarnye aku...hampeh..) masak sendiri sebab nak jimat. Pas makan bantai tido sebab penat gile.....

Jumaat 9 Dis
Kul 5 pagi Noren dah gerak aku suh masuk dapur masak. Kitorang akan mandi kat Pantai Chenang pagi tu. Kul 7.30 kitorang bertolak dan sampai sana dalam pukul 8. Akulah orang pertama yang terjun ke dalam laut sebab aku yang memang gian nak mandi laut. Dari situ kitorang bleh nampak kete kabel. Cam ade can jek nak naik ari neh sebab langit pon cerah. Pastu ade jet LIMA duk warm up kat atas. Ade gak kapal2 laut utk pameran yang port kat situ. Pastu kitorang pon membedal sarapan (aku wat nasi goreng ngan sadin + ikan kering) sebelum bersiap menuju ke destinasi berikutnya Kompleks Mahsuri.





Sampai2 jek sane, kuar kete dah terdengar gamelan lagu 'Timang Burung'. Dalam kompleks neh ade Muzium Mahsuri yang mempamerkan barang2 dan sejarah Mahsuri, Panggung Mek Mulong yang wat pementasan Mahsuri, telaga Mahsuri, rumah Mahsuri, rumah Datuk Pekerma Jaya, pusara Mahsuri dan juge beberapa gerai cenderahati. Kat muzium ngan panggung xleh amek gambar. Tempat lain xpe. Kebetulan masa kitorang masuk muzium tengah tayang citer pasal Mahsuri. Aku rasa ramai yang tau pasal citer mahsuri so xpyh aa aku citer. Agak2 dah puas kitorang ponn terus mengzasskan diri ke tempat yang memang menjadi objektif utama kitorang ke Langkawi --- KETE KABEL!!!!



Setelah kecewa semalam sebab tutup, kitorang berharap sgt xde ape hlgn ari neh memandangkan cuaca agak baik. Nasib baik bukak tapi mak uih...ramai sungguh umat manusia. Kitorang beratur dekat sejam gak nak dapat turn naik kabel. Orang yang paling takut sebelum naik....hehe...akuler. Kengkawan aku siap 2-3 kali tanya betul ke aku nak naik neh. Aku sebenarnye gayat aa. Tapi bile dah naik, orang lain abeh sejuk tangan aku bleh bergurau badak ngan derang. Aku rase penyakit gayat aku dah hilang aa. Oppsss lupe nak citer, puncak kabel neh terletak kat Gunung Mat Cincang. Gunung neh pon ade menyumbang dalam sejarah Langkawi. Kononnya dulu ada 2 orang sahabat baik name die Mat Cincang ngan Raya nak jodohkan anak derang. Ntah macam mana mase arinye derang neh bleh bergaduh sampai mangkuk ngan cawan yang berisi kuah ngan air panas pecah tumpah. Dari situlah Gunung Mat Cincang, Gunung Raya ngan Pekan Kuah dapat nama. Kiranya skang neh, Pekan Kuahlah yang memisahkan antara Gunung Mat Cincang ngan Gunung Raya. Ni citer member akuler..

Kitorang xbrenti ponn kat 1st stop sebab takut xdpt kete kabel utk pegi 2nd stop so kitorang terus ke 2nd stop. Angin agak kuat mase tu. Memang sejuk cam kat Cameron. Dari situ bleh nampak Marina Bay ngan Telaga 7. Kitorang merayap sampai kat jambatan gantung. Pergh...best gile.....rasa macam xnak turun. Lepas kitorang turun kitorang gi lepak ngan arnab jinak yang ade kat bawah. Pastu kitorang terus ke jeti sebab kene pulang kete sewa tu sebelum kul 4.


Sampai jeti, pulang kete pastu terus beli tiket bot balik. Kitorang balik ikut Kuala Kedah kecuali Chang yang balik ikut Kuala Perlis. Kitorang amik tiket kul 5. Ade lagi 1 jam stgh sblm naik bot, so kitorang gi makan dulu pastu gi bergambar sakan kat Dataran Lang. Beli 2-3 cenderahati pastu naik bot. Sepanjang dalam bot semua orang bantai tido kecuali aku. Penat dan mabuk sbnrny sebab ombak agak besar dan perjalan lebih jauh kalau nak dibandingkan dgn Kuala Perlis. Kitorang sampai sana dalam kul 6.15 petang dan dijemput oleh bapak Roomate. Kitorang akan berpecah sebelum berjumpa semula esok. Noren ngan Ctah ikut Husna balik Kepala Batas manakala aku plak ikut Roomate balik Anak Bukit. Kitorang gi hantar derang balik dulu. Sampai rumah Roomate bersiap2, malam tu aku dibawak membedal nasi kandar kat Restoran Ahmediah. Terjumpe Chang ngan Kak Eda laa plak. Pastu family Roomate bawak aku pusing2 kat Bandar Alor Setar. Tapi aku dah penat gile kaki lenguh sebab drive kete sepanjang hari. Balik terus tido xingat dunia.

Sabtu 10 Dis

Pagi neh kitorang merancang nak beronggeng kat Alor Setar. Parents Roomate pegi kenduri. So ade moto Honda Cup jek kat umah die. Dalam kul 11 kitorang bertolak lepas Husna n the gang sampai. Niler part paling kelakar. Bayangkan aku ngan Roomate naik Honda Cup masuk bandar. Dah aa bleh bwk 60 jek paling laju. Memang kelakar gile. Kitorang pegi umah anak Nek Pora (nenek Husna) pastu pusing2 kat Star Prade. Pastu kitorang naik Menara Alor Setar (aku pndi2 bubuh name sendiri..). Dapat aa menikmati pemandangan sekitar Alor Setar. Pastu kitorang pegi City Plaza plak nak cari pot pouri nak wat cenderahati untuk majlis Kak Eda esok. Terstuck aa plak kat situ sebab hujan. Dlm kul 5 baru dapat balik pun main redah jek hujan renyai2. Balik umah balun siapkan kotak kecil cenderahati utk Kak Eda. Kul 8.30 kitorang bertolak ke Changlun tapi singgah kenduri dulu kat mane ntah. Sampai umah Chang dah pukul 10 tapi Kak Eda tak balik lagi dari nikah kat masjid. Dekat kul 11 baru derang balik. Malam tuh tolong kemaskan bilik pengantin ngan pakai inai. Kitorang masing2 wat aa 'bulan mengambang' kat tapak tangan sekali ngan Ipan (anak buah Chang). Dekat kul 2 baru tido depan TV.

Ahad 11 Dis

Kul 6 dah mandi. Yeler, orang ramai...takut xdpt turn. Siap mandi makan sarapan pastu pasang speaker, kemas umah sket. Pastu gi siapkan bunga manggar pastu cacak kat 3 simpang kampung. Berpeluh bagai gak laa aku pepagi nak cacak bunga manggar. Balik umah kebetulan Kak Eda dah balik bersolek pastu kitorang bersiap2 menjadi pot pouri gurlzz. Duk melepaklah kitorang ngan penganti pompuan dalam bilik. Kul 2 lebih pengantin lelaki sampai. Tak pasal2 aku jadi pengapit masa arak pengantin. Derang kata amek berkat.



Majlis neh simple jek. Lepas mengarak, pengantin pon makan. Menu majlis ari neh sangatler sedap- gulai ikan talang ngan terung (kalau kat johor panggil kari laaa gulai tu..). Aku tengok orang keliling aku makan bertambah. Walaupon aku cume bertugas sebagai pot pouri girl tapi penat gak. Malam tu kul 9 aku dah tido. Oh ye, Husna n Roomate dah balik sarang masing2. So tinggal kitorang berempat.

Isnin 12 Dis

Oleh sebab aku tido awal jadi bangun pon awal. Lepas kemas umah n breakfast kitorang kene gi market beli bahan nak buat laksa untuk jamu orang yang datang mengelap pinggan. Kitorang pegi Pekan Changlun aje...sekali ngan pegi beli tiket untuk kitorang balik malam neh. Balik umah terus siap2 pegi Padang Besar. On the way kene tahan ngan UPP sebab derang musykil kot tengok driver tak cukup inci(Chang yang drive).

Sampai Padang Besar, apelagi...sakan aa kitorang meround sambil bershopping. Aku beli handbag utk mak aku pastu brooch utk kakak aku sebab yang lain dah dapat mase kat Langkawi. Aku naik pening nak beli mana satu sebab banyak gile pilihan pastu murah bleh tahan. Tapi kene ade skill menawar aa kalau nak untung. Pastu kitorang meroundkan diri kat Kangar aa plak. Alang2 dah sampai Perlis. Ingatkan nak pegi Bukit Kayu Hitam tapi sebab dah pukul 5 so kitorang balik jek terus. Sampai umah balun laksa pastu siap2. Tiket kitorang pukul 8.30. Kak Eda hantar kitorang ke stesyen bas malam tu. Sebelum naik bas tersa sayu gak nak tinggalkan negeri Kedah neh. Negeri cantik orang2nye ponnn baik. Tapi bulan 6 tahun depan mungkin aku ke sini lagi kalau Pakcik Yusoff n Makcik Rohaya (parents Roomate) nak terima menantu...hahaha.

Selasa 13 Dis
Aku sampai sini kul 9. Maka berakhirlah percutian aku. Balik umah, mandi dan terus berlari ke makmal dengan semangat baru. Tapi hampeh regulator methane plak xde...

Pleasant listening :Helena by My Chemical Romance
Pleasant watching :The Amazing Race Family Edition On TCS 5

No comments: