Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 21

Blurr...

Skang neh aku merasakan hari2 yang aku lalui cukup meletihkan. Weh, korang tahu tak tanpe sedar skang neh aku telah membina kekuatan otot kaki dengan begitu jitu sekali. Ntah kenape aa sem neh aku dpt kelas jauh2 jek. Ade kelas kat C(fakulti sains) pastu ade kelas kat P(fakulti elektrik). Takde gap lak tuh. Bebudak UTM mesti dapat bayangkan kejauhan jarak yang aku terpaksa tempuhi saban hari, saban minggu. Kalau bisa ditimbang, aku tak tahu brape banyak asid laktik yang dihasilkan oleh sendi2 aku setiap minggu. Kalau aku bukak kilang asid skang neh, lagi 3-4 yahun mesti aku dah jadi jutawan. Alangkah bestnye kalau takdirnye camtu. Hehehe.

Mood aku tak brape elok hari neh. Pagi tadi aku dah nak nangis dah pasal problem perjanjian nagn MARA ditambah plak dengan penempatan praktikal yang tak tahu ke mana halanye. Perit rengkung aku menahan air mata dari keluar. Aku tahan dengan kekuatan ego aku yang hampir nak tersungkur neh. Minggu neh aku agak tertekan. Dengan lambakan kuiz dan ujian yang mengejar, juga 2 laporan amali yang saban minggu menjadi agenda wajib aku, juga kekurangan masa aku untuk menelaah membuatkan aku rase macam nak pengsan. Hujung minggu aku habiskan masa dengan pulang ke kampung, masih atas urusan keluarga aku yang baru sahaja habis iaitu perkahwinan makcik aku yang paling bongsu. Setiap petang pula aku kene gi training bola tampar untuk SUKAM.
Owh....aku kadang2 rasa sungguh tak larat. Terlalu banyak agenda dalam satu masa skang neh. Tak tersusun rasanya dalam jadual aku. Weh..sempit neh..

Dah lama tak bukak site sekali tengok ade plak parasit yang wat pencemaran. Aku dah tak larat nak marah. Tapi mengenangkan persepsi orang yang membaca blog neh, aku kene marah gak. Err..nak marah camne ek. Alah lantak die laa. Biar Allah sahaja yang membalasnya. Tapi kalau aku tau sape yang buat...siaplah. Kalau aku sepak sampai patah gigi tu kira nasib baik lah tu. Hehehe....cool beb...cool...

Ade banyak citer yang aku tak citer lagi. Pasal SUKAM, wedding makcik aku, gi Perak tapi aku memang takde masa skang neh. Nanti aku tulislah. Ok?

Pleasant listening : Cinta Dewa Dewi by Spider
Pleasant watching : Ella Enchanted on VCD

No comments: