Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 30

Raya lagi

Fuyyo! Ntah berapa zaman agaknye aku tak update. Rasanye dari sebelum raya lagi. Maklumler, aku neh sentiasa sibuk. Walau tak sibuk pun aku akan menyibukkan diri dengan melakukan kerja yang lagho. Seperti biase dangan meneruskan habit lama aku di kala aku dah lama tak update, aku akan mensinopsiskan aktiviti aku sepanjang kehilangan aku di ruang cyber neh.

14 Nov

Yang neh semua orang tahu, raya pertamalah. Cam biase, gi kubur bapak aku pastu raye kat umah sedara mara terdekat. Aku tak berapa suke hari raya sebab...erk aku pon tak tahu pasal ape. Tapi banyak yang tak best pasal raya tahun neh.
1- Atuk aku tak buat dodol
2- Nenek aku tak buat kuih bangkit
3- Biskut raya cume 2 jenis jek
4- Orang kat umah panggil aku Nad....alah....bencinya!!
5- Pen drive aku hilang ntah sape hambek.
6- UTM cuti seminggu jek, U lain semua 2 minggu.

Tapi ade jugek yang best raya tahun neh.
1- Ade baby makcik aku kat umah
2- Rumah makcik aku yang kat depan tu dah siap
3- Ramai sepupu aku yang dah jadi anak dara nolong kat dapur
4- Ade lagi pakcik ngan makcik aku panggil aku Amoi
5- Pakcik aku bawak balik kete Waja baru

Ramai betul orang di hari raya. Tapi aku rasa raya tahun ni tak meriah sebab senyap jek takde bunyi mercun. Pastu tak ramai plak orang yang datang beraya. Tapi bagus gak. Relaks sket..

21 Nov

Aku dah balik UTM. Aku terpaksa balik pasal pre-reg aku sangkut. Aku sesungguhnye memang tak ingin nak amek subjek Elektrokimia yang telah ditukarkan kepada subjek Kimia Kuantum itu. Tolonglah, idup mati aku nak amek TP gak. Dah aaa tu, kesuweian tahap melampau telah melanda kerana stor plak hanya akan dibuka pada hari Isnin. Abeh tu aku nak kuliah pakai baju hapa? Sabor ajelah. Dah aa tuh, lalang kat blok aku tinggi cam pokok padi. Ngeri betul aku tengok. Blok aku dah semakin sunyi sebab ade yang dah pindah kolej dan ada yang dah grade. Yang ade jiran aku 2 orang India. Bosan gile dengan bau yang aku dah lali tu..

22 Nov

Seperti yang dijangkakan, neh adalah hari kalut sedunia. Seawal pagi pejabat fakulti dah dibanjiri dengan manusia2 yang bermasalah 2 kalli 5 ngan aku. Mak aihh! Camne aa aku nak masuk ni ek? Dengan kepakaran menyelit yang ade, aku berjaya juga meloloskan diri masuk ke pejabat fakulti dan meyambar borang insert delete menggunakan kepanjangan tangan aku. Terima kasih Tuhan kerana memberi aku tangan yang panjang. Jam2 tu jugak aku menyetelkannye dengan berjumpe PA aku dan mintak signature. Nasib baik semua kelas aku hari tu xde. Lepas tu aku balik semula pejabat fakulti nak hantar borang. Keadaan masih serupa, orang macam ade mega sales jek berasak-asak dalam pejabat. Setelah hampir satu jam aku tunggu, baru aa aku dapat hantar borang. Petang tu aku datang balik amek slip. Alhamdulillah, nasib baik aku dapat gak amek TP lepas fakulti bukak satu lagi seksyen baru.

26 Nov

Aku ingat problem aku dah setel. Rupenye belom lagi. Jadual aku bertindih subjek comunication ngan financing (pelik x korang, science student cam aku amek subjek camneh). Aduss nampak gaya kene tukar sesyen aa. Skali tuh seksyen plak penuh. Argh!! Nak wat camneh neh?? Dah aaa kalau nak wat insert delete lagi dah kene bayar denda 20 bucks. Adilkah kah aku didenda sebegitu rupa atas kesalah yang disebabkan oleh pihak fakulti? Sape nak bela naseb aku neh? Hua..hua..aku teraniaya.

Mungkin Tuhan nak tolong aku. Petang tuh aku pegi pejabat bendahari nak bayar denda pastuh pejabat tutup. Esok plak aku dapat berita yang Taza dah confirmkan pasal pertindihan jadual tuh dan aku tak payah tukar seksyen. Alhamdulillah...selamat.

Ari neh gak agak busy bagi aku sebab aku jadi pengarah utk jamuan raya girlz course aku. Menu bukan main syok lagi, sate, nasi himpit, kuah kacang dan nasi goreng. Bajet 123 dan wang yang digunakan gak 123. Tak lebih dan tak kurang. Bagus2.

28 Nov

Hari ni merupakan hari rombongan rumah terbuka budak course aku ke Batu Pahat. Kitorang gi umah Anis, aku, tunang Helmi, Parrot dan destinasi terakhir Sopie. Kul 9 aku gerak mengepalai 4 kereta berkumpul kat tol Air Hitam. Pastu gi umah Anis. Total jumlah kereta yang terlibat adal 12 kereta. Kroni2 aku sewa satu keta. Cam sardin plak rasanye pasal sewa kancil pastu naik 5 orang. Takpe aa. janji sampai. Kat umah Anis kitorang dijamu nasi ayam dan soto. Aku duk kat umah Anis jap jek pasal aku balik umah aku dulu nak buat persiapan untuk derang. Sampai kat umah aku hujan bukan main lebat lagi turun. Derang dijamu mee goreng dan mihun goreng. Aku siap tapaukan lagi mana yang atk abeh. Pastu derang terus gerak ke umah Parrot kat Muar. Aku malas nak pegi pasal kaki aku dah lenguh nak bawak kete pastu co-driver aku si Chang takoot nak drive. Dah lepak2, mandi2, dalam kul 6.30 aku pon bertolak balik. Hati aku masih berbelah bahagi samada nak singgah rumah Sopie ataupon balik jek terus memandangkan kereta aku dalam keadaan yang tak memuaskan dalam keadaan hujan2 camneh. Berkabus gile walaupon aku dah on kan aircond sampai max punye. Aku bawak jek slow2 pastu singgah projet yang terletak 2-3 tapak dari umah Sopie. Last2 aku gi gak umah die. Derang tak sampai lagi. Kitorang jadi tuan rumah aa plak waktu konvoi sampai. Dalam kul 9 kitorang bertolak balik.

Kaki aku lenguh gile. Dah aa aku tak pernah drive malam lebih2 lagi dalam keadaan hujan. Alhamdulillah, aku sampai gak UTM ngan selamatnya pada pukol 10.45 malam.

Pleasant listening :I'll Be from OST A Cinderella Story
Pleasant watching :Taeguki on VCD

No comments: