Aku bukan nak citer pasal harga minyak naik. Aku tak pandai berkata2 cam PG. Hehehe. Jgn marah. Aku nak citer pasal aku dan minyak ari ni.
Kisahnye, minyak moto aku dah tinggal half. Mmg kebiasaan aku bile half jek aku isi tp 2-3 hari ni bertangguh aje nak pegi sebab aku naik moto sorang. Selalu kan aku naik ber2 ngan Noren. Tibe2 td aku teringat yg esok aku nak gi interview pastu minyak aku dah lebih dr half luaknya. So aku singgah aa Petronas. Tp malang sungguh nasib hamba kerana stesen itu ditutup atas sebab2 yg aku sendiri x tau. Hampeh betul. Aku harap minyak moto aku bertahan sampai kat Uda utk diisi. Kalau tak mahu menyorong aku esok.
Interview MARA esok. Jeng...jeng...jeng...takooot. Ntah ape yg aku nak takutkan. Hehehe. Oh, aku lagi sanggup masuk debate dr kene interview. Mahu habis darah aku tersejat. Sangat kasihan. Noren pun dapat gak interview tu. So ktrg gi berdua esok. Sangat kebetulan. Oh x sedap bunyimya. Aku nak tukar - very coincidence <-- aku pun x tau btul ke idak spellingnye.
Aku kat PSZ skang ni. Dr smlm niatnye nak bace buku TITAS sampai khatam tp aku malas amat. Saat kutatap buku tu saat ituler mata aku nak tertutup. Aku tutup buku elok pula mata aku terbukak. Aku rasa aura buku TITAS sama kuat dgn buku Bio. Kpd kawan2 yg mengalami masalah susah hendak tidur, saya cadangkan baca buku TITAS instead of buku Bio. Ianya sangat berkesan. Cubalah!
Beralih kepada cerita KFC. Anda tengok iklan Add On Meals. Iklan itu sangat menyampah. Kenapa? Anda lihat sendiri. Mereka fikir aku yg tidak bijak maths ini boleh digula-gulakan sebegitu rupa. Hey, itu cuma tambah dengan sedikit pendaraban. Kalau nak gula2kan aku pun, pakailer persamaan terbitan ke, algebra ke takpun pengamiran. Mereka sangat jahat. Begitu jg McD. Oohh...Big Mac trn harge ye? Mmg turun pun tapi tetap memecahkan duit org jugak. Mereka bilang harganya 3.95. Sekali imbas macam cukup klw korang menghulurkan wang RM4 ttpi sbnrnye tidak. Harganye termasuk 5% cukai kerajaan adalah 4.15. Mau x mau anda tetap kene hulur RM5 terutama bg yg x gemar simpan syiling. Sangat bijak. Mereka x untung tp anda ttp menjadi pihak yg rugi. Mengapa? Bandingkan nilai 1 ringgit dengan 85 sen bila anda hendak membayar tiket parking kat Angsana <-- perhatian untuk mereka yg x suke simpan/hulur syiling. Kejadian pecah duit akan berulang dan di akhir nanti anda pasti kaya dengan lambakan syiling2 1 sen dan 5 sen bukan?
Jahat2 McD pun aku bedal itu Big Mac sampai licin. Makin berat aa tabung 1 sen aku..
Sunday, May 9
Minyak Oh Minyak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment