Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, May 10

Hari Malang Aku

Huwaaaaa!!!! Aku tgh sedih ni. Sedih amat. Bayangkan aku kene malang bertimpa2 hari ni. Bad luck betul aku arini.

Kisahnye bermula ngan temuduga. Sangat @#$%##@33$#@%$#! Segalanya berjalan dengan lancar. Derang(paneller tu..) pun cam seronok bercakap ngan aku. Tapi bile aku cakap result aku maka kuarler ayat yang mematahkan hati aku hari ni "yr result is not promising. MARA didn't want to take any risk giving loan to students with CGPA under 2.70." Kalau dah tau pointer aku tak cukup apsal panggil aku pi interview?? Aku pun kuar bilik interview dengan hati yang kecewa. Sedih tul. Aku pun tunggu plak NOren yg berturn slps aku. Die plak kene kutuk pasal cakap english tak fluent. Kitorang betul2 frust. Abih jek kitorang terus balik. Hajat di hati nak singgah Danga Bay nak amik angin kengkonon nak mengubat lara hati pastu nak ke Angsana.

Namun, tanpa disangka rupanya aku sekali lagi mendapat suwey. Moto aku kene angkut ngan MBJB aa plak. Aku rase sangat tensen. Aku call pakcik aku yg tgh keje kat Singapore pastu die suruh aku balik dulu. Ngan bawak helmet ni kitorang balik naik bas. Masa dalam bas tu air mata aku sket lagi nak menitik. Sedih amat aku. Lebih shahdu ibu aku call tanya camne ngan interview. Lagiler aku sebak. Adusss..perit mate aku sebab dok thn air mata. Dah aa lagu dalam bas tu mendayu, menambah lagi kepiluan hatiku. Namun aku yg brutal ni takkan sekali2 nangis di tempat awam. Jatuh saham aku cengginih.

Sampai umah makcik aku, terus on pc n main game Happyland dengan air mata yang bergenang. Control....control..... Aku makan nasi pun tak lalu. Bukan setakat moto aku kene angkut, ngan selipar jepun aku pun derang rembat skali. Sangat pilu hatiku mengenang nasib aku hari itu. Tak lame lepas tu pakcik aku pulang dr kerja dan hantar aku pi amik moto kat Tebrau. Jauh tu. On the way pehi tu aku singgah Angsana jap amik pakwe aku yg masuk sepital aritu. Kat sini ade berita yg hepi sket aa. Tokey kedai ganti pakwe baru sebab digi cam tu takleh repair lagi. Senyum sket aku dengar die kate camtuh. Pastu beli popcorn dan terus pegi amik moto. Dekat kul 4 br setel semuanye. Terus aku ke PSZ dan online.

Nasib baik selipar aku tak ilang.


No comments: