Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, April 29

Jumpe bute

Aku baru balik dari Melaka. Wah! Sangat letih. Pukul 3 aku bertolak dari Alai, sampai umah dalam 5.30. Dah aa hujan lebat sepanjang jalan. Suasana amat shahdu. Kwang3!

Minggu ini mungkin memang minggu untuk aku bercerita agak panjang. Maklumler, langkah aku minggu ni pun cukup panjang. Berjalan jek keje aku. So aku akan menyambung Cerpen Minggu Ini lagi.

Selasa
Aku abih kelas awal arini memangdangkan suasana dalam bilik kuliah yang sejuk pelik teramat aritu. Ustaz pun tak tahan sejuk so dismiss awal aa aritu. Aku cam biase terus gi umah makcik aku untuk lunch. Pastu Anis datang menyusul. Kitorang gi Angsana. Hajat utama aku nak betulkan digicam aku yang kelarian function. Tapi sungguh sadisss...ku pikir dia akan ganti dengan digicam yg baru sebab warranty tak abih lagi, sebaliknya digicam aku kene masuk wad 2 minggu. Terpaksa kurelakan sahaja kepergiannya. Kitorang (aku, Noren dan Anis) pastu gi main bowling. Wahh! Sangat seronok. Aku menang arini. Tak banyak pun, 95 jek. Selepas itu aku gi makan steamboat kat foodcourt atas belas ihsan orang yang kalah main bowling. Noren sangat malang. Hehehe. Sebelum balik Noren beli cone dan aku beli popcorn McD. Ituler dinner kitorang aritu. Kitorang balik dekat pukul 7. Tidak baik sungguh anak dara ini.

Rabu

Aku bangun kul 7.30. Cepat2 siap2 pastu gi simpan moto kat umah makcik aku. Oh ye, aku kan nak ke Melaka arini. Kitorang amik tiket Muar sebab Noren nak balik Bakri. Dari Muar cadangnya nak naik bas ting-tong ke Melaka. Tapi ade sikit masalah biler sampai Muar. Bus-stand Muar dah hilang!!!

Kisahnya nak wat bus-stand baru. So dipindahkan jap kat stadium. Wah!! Jauh amat. So aku tunggu kat depan MARA. Nasib baik ade SKA-City lalu situ. Aku sampai Alai dalam kul 2 lebih. Deskmate aku yg baru dpt lesen moto L jemput aku depan gerbang Kg Alai. Lepak2 jap pastu ke Kandang makan nasi kat umah mak tiri Deskmate aku. Lepaih tu, kitorang ke Plaza Hang Tuah. Gi Ocean, temankan Mate cari Suar Jeans. Pastu gi CC jap. Kul 5 lebih, gi makan McD kat Fajar plak. I’m lovin’ it lebih2 lagi sebab Mate aku blanje. Tapi sangat susah nak parking moto. Hampeh. Kitorang balik dekat 6.30.

Malam tak banyak program. Abih tengok citer cine TV2, aku pasang VCD Korea. Beautiful Life lakonan Takuya Kimura. Sangat sedih cerita itu. Ade 8 keping CD yang kulayan sampai kul 3.30 pg.

Khamis

Bangun lewat lagi!! Cepat2 bersiap sebab nak gi umah Aloy kat Kandang pastu nak gi Mahkota Parade untuk selesaikan misi penting aku. Agak lewat ke umah Aloy sebab die gi blajar moto kat Bukit Katil. Sampai umah die, dianye tak siap lagi. Sudahnye kul 10.30 baru bertolak ke MP. Aku asyik kene cubit ngan Mate pasal aku bawak moto dengan sangat laju. Aduh! Sangat sakit. Oh ye, aku ade misi penting ari ni. Misi ’jumpe bute’.

Kisahnye, aku buhsan untuk jadi orang lain lagi merangkap aku mls nak menipu lagi. Jadi aku decide nak berterus terang dengan Z pasal perkara yang sebenarnya. Asal usul Z ni – die adalah kawan kpd kawan aku - S. Kawan aku itu suruh aku test si Z ni sebab S macam dah start suke kat Z. So aku misscall aa si Z ni. Lepas itu si Z ni sangat rajin telefon aku menyebabkan aku rase terganggu. Die juga amat karat sehingga aku tak bleh bernafas. And Z has no longer calling S. S pun dah mula tawar hati dengan Z dan suruh aku terus jek handle Z. Mane bleh! Aku amat terganggu. Lagipun aku ade orang lain yang aku kene jaga. Tapi aku jawab gak kalau die call tapi ape yang kuar dari mulut aku ni takde yang betul pun. Oh ye, aku beritahu name aku Ayn, blajar kat UM, duk JB dan bday 17 Sep. Pada 27 Jan sewaktu aku berhadapan suatu masalah, aku telah terlepas ckp yg aku tipoo Z selama ni. Tapi bile aku berterus-terang aku still tak ckp yg betul. Aku ckp aku study kt KUITTHO plak dan 17 Sep tu birthday org tu. Wah2! Z kena tipoo lg. Z sangat marah bile aku wat camtuh dan die tak call aku lagi. Aku merasa amat lega. Tapi kelegaan aku tak lame sebab die kembali phone aku. Aku merasa amat tertekan lalu aku amik keputusan jumpe saja dan bagi dia tahu realiti sebenarnye dengan harapan die dah tak kacau aku lagi.

Actually kitorang pakat jumpe kat bowling tapi aku telah tukar stratergi – aku masuk Kamdar. Aku cakap aku pakai baju biru tudung putih padahal aku pakai baju maroon tudung bunga merah. Z plak cakap pakai baju kuning padahal die pakai baju merah. Tapi stratergi die tak cukup bijak seperti aku. Kenape? Sebab takde orang langsung pakai baju kuning tapi semua pekerja Kamdar memakai baju biru. Kwang3! Kebetulan plak ade sorang pelanggan pakai baju biru tudung putih. Kitorang terus belek baju sambil perhatikan budak itu. Tetiba nampak org baju merah tegur budak tu dan budak itu terus lari. Dari situ aku dpt detect Z. Hahaha! Sangat kasihan kerana Z telah memalukan diri sendiri. Oleh sebab aku kesuntukan masa aku terus jek memunculkan diri. Aku pun berborak2 ngan die. Aku dapati die amat membosankan. Sangat baguslah kalau begitu. Die belanja aku makan nasi ayam. Sangat baik konon. Aku jamah 3 sudu jek sebab aku tak suke nasi ayam. Tengah hari aku terus blah sebab nak hujan. Huh! Amat lega sebab prob aku dah seteller kiranya tapi still kene wat pemerhatian beberapa hari dulu.

Aku balik Alai dekat kul 1. Singgah jap beli tiket Mate nak balik KL. Sampai terus jek pasang Trauma. Sangat banyak kejutan dalam cerite ini kerana aku yang brutal ni menjerit 2 kali akibat terkezooot. Kusss semangat. Nasha sangat pandai berlakon dalam berlakon. Kul 3 aku bertolak balik umah.

Abihler kisah pengkelanaan aku 2-3 menjak ni. Oh ye, aku dapat berita yang agak best. Aku terpilih ke senarai pendek untuk temuduga Program Tindikan Guru MRSM. Interview 10 Mei ni, Isnin kat MARA Jln Seagate JB. Tak dapat aku attend kelas ustazler jawabnye. Aku rasa amat nervous. Wish me luck ok?

No comments: