Aku ade banyak citer nak ditulis tapi tak tau camne nak start memandangkan dah beberapa hari aku tak update. Ok, kite tulis ikut turutan hari.
Sabtu
Aku rase cam takde ape2 yang berlaku. Ntah aku pun dah lupe. Aku memang kekadang kene sindrom SML (Short-term memory lost.
Oh baru aku teringat, aku menonton AIM 2004 secara langsung di NTV7 Saluran Ceria Anda dan radio Era Rentak Muzik Terkini. Penaja utama adalah TIME Ada Kelebihannya. Seperti tahun2 sudah artis yg paling aku menyampah menang banyak award. Takpeler, dah rezeki die. Tahniah aa Cik Siti oi. Oh ye, kakak ku muncul sebagai penyampai trofi bersama Bandi Amuk manakala abangku pula berduet dengan Ruth Sahanaya. Malam itu juga terdapat banyak jembalang yang menyanyi sehingga menyebabakan aku hampir kene demam kuning. Barongan, Lefthanded, Wings, May dan Blues Gang. Nasib baik Muxx yg bleh jadi model pantene dr band Metalasia takde same. Kalau tak memang cukup lengkap perhimpunan jembalang2 malam tadi. Nasib baik Nash dah bersara jadi jembalang. Kwang3!
Ahad
Oooo...ari ni cam biase aku gi pasar. Beli sandal baru saiz 8 warna koko rekaan etnik yang sungguh menawan hati. Harganye cume 10 ringgit sahaja. Aku sungguh gembira sehingga terlupe niat utama aku nak pegi pasar adalah membeli popcorn. Jadi aku pun tak beli popcorn. Kesian tokey popcorn, dah rugi 2 ringgit aritu.
Selepas itu aku pulang ke rumah dengan niat untulk menyetadikan diriku TITAS yang bertest Isnin. Tetapi bile aku online tetiba si Taufik yg berada nun jauh di Mesir pun sedang online. Aku sememangnye pantang nampak die online terusler menegur. Kebetulan hari itu die membawa webcam jadi dapatlah kutatap wajahnye yang terkini. Disertakan dengan jambang ala2 Hazami Musim Salju, muke die tak ubah cam perompak bank. Hahaha. Jangan marah ye Apek.
Setelah ibu aku puas menjerit2 suruh aku masuk dapur barulah aku offline dan tolong die memasak. Aku sungguh mls hendak menolong sebenarnye tetapi itu tidak baik untuk membiarkan mak aku take over keje biase aku iaitu kupas kerang sebanyak 3 kilo dan mengemas peti ais yang dipenuhi tumbuh2an dan haiwan untuk stok seminggu.
Aku pun pulang ke JB petang itu bersam Hanis. Dapat tiket kul 3.30. Sepatutnye aku sampai kul 4.45 tetapi suwey sungguh bile exit Skudai ditutup untuk kerja2 pembaikan. Bas keluar ikut Kempas dan terus ke Larkin. Samapi Larkin aku amik bas Air Hitam, turun kat Seri Putri. Tunggu bas 331 tak datang2 pastu aku terrrrpaksa naik prebet sapu yang bau cam toilet awam utuk menyelamatkan asarku. Sampai umah makcik aku, terus amik moto dan ke Jusco utk solat asar dan Maghrib disebabkan ketiadaan mak cik aku dirumah. Selepas itu aku bergegas pergi ke Warong Nor tapau makanan dinner.
Balik bilik aku terus makan. Selepas itu aku pergi mandi dan terus tidor dengan begitu selesa dan membuat2lupakan yang esok ade test. Kul 3 aku bangun baca cam nak tak nak pastu tidor semula kul 5 sampai 6.30. Eh, ini cerita hari isnin!
Isnin
Aku ade ujian pagi ni. Sangat malas sebab aku tidak baca. Aku pun jawab dengan kepala yang separuh berisi. Soalannya mudah tapi aku tidak begitu bijak menggoreng ayat. Sangat kasihan.
Result pekse kuar arini. Aku sangat takut untuk melihatnya. Tapi aku pun buat2 berani nak tengok. Alhamdulillah aku lulus Kimia Fizik walaupun cukup makan. Aku dapat A- utk amali KO dan English. Subjek lain aku dapat B dan C. Aku tidak kisah kerana aku tahu aku bukannye bijak cam Einsten (betul ke aku eja?). Lupakan cerita result. Aku sebenarnye tak bawak moto ke kelas. Aku naik bas. Selepas makan di SUB aku balik kojej naik teksi memandangkan bas ade pukul 4.
Aku amik helmet dan terus ke Skudai Parade untuk mencari Popcorn McD. Tetapi bile sampai di sana aku disambut dengan paluan kompang. Aku sangat terkejut. Tak sangka aku adalah VIP ari ni. Tetapi rupe2nye kompang itu bukan untuk aku tapi untuk Pengarah Pendidikan Negeri yang ade kat belakang aku. Aku merasa sungguh bopeng kerana mengganggu laluan orang lain. Arini orang tu datang untuk merasmikan Karnival Buku dan Multimedia peringkat negeri Johor. Aku turut sama memeriahkan karnival tersebut dengan menonton persembahan di aras 5. Terdapat banyak persembahan. Dimulakan dengan nyanyi Ya Maulai dr budak kecik, pastu masuk band orang bute main lagu Santana. Band ini seterusnye mengirinigi nyanyi oleh orang bute jugak yg nyanyi lagu Nur Kasih, Bunga2 Cinta dan Sandarkan Pada Kenangan. Selepas itu aku dihiburkan dengan tarian Zapin orang besar dan tarian Inang dan Zapin budak kecik. Sememangnye budak2 itu kelihatan sungguh comel. Aku merasa sangat menyesal kerana tidak membawa digicam aku. Kalau tak korang pun dapat berkongsi melihat kecomelan mereka.
Seterusnye
Oleh kerana masih pagi jadi aku takde cerita. Aku akan ke Melaka pada hari rabu. Aku akan beristirehat bersama deskmateku yg tercinta Ida disamping satu misi besar yang harus aku selesaikan. Aku berharap tiada yang tercedera semasa misi ini berjalan nanti. Aku akan pulang ke rumah pada hari Khamis.
Maafkan saya kerana menulis terlalu panjang hari ni. Idea bukan selalu ade. Dah ade banyak plak die kuar. Hehehe.
Opss...lupe, cerita hari isnin turut melibatkan Noren. Sekian, time kasseeehh!
Tuesday, April 27
Cerpen Minggu Ini
Labels:
Events and Activity
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment