Hari ni merupakan hari yang agak malang bagi aku. Aku pegi amik kunci kat pejabat kolej. Bile aku dah sampai bilik, aku try bukak pintu tapi tak bleh. Rerupanye, orang tu salah bagi aku kunci. Die bagi kunci bilik 102 padahal bilik aku 105. Camne aa bleh die salah dengar ni, konpius aku. Terpakse aku menapak balik pegi pejabat utk tukar kunci. Jarak die takdeler jauh sangat tapi aku punye blok kat lembah, pejabat tu atas bukit. So pepaham jeler.
Pastu, aku n da gang nak bukak aa stor sebab semua barang kitorang simpan kat situ. Kunci dah dapat dah, roomate aku pi amik. Yang suweynye, tombol plak rosak. Aduss..
Bile kitorang report kat pejabat, diorang suruh kitorang kopak jek sebab semua pekerja lelaki cume ade hari Isnin. Kitorang takde pilihan, takkan nak tunggu Isnin plak. Toiletries semua ade dalam tu. Tang mengopaknya plak bukan senang. Macam2 care kitorang gunakan. Kitorang takde sebarang alat, terpakse guna kederat yang ade. Macam2, gaye tendangan yang kuar aritu. Tendang ala gergasi mengamuk (Mimah), ala badak menyondol (Ayu), ala kambing terbang (akuler..hehhehe) tapi pintu tu masih tak bergerak. Nasib baik Mimah terperasan kewujudan tong pemadam api. Kak Jus dan Mimah bergabung tenaga sondol pintu pakai tong tu sebab yang lain dah melepek (hehehe diorang tak pose..) Alhamdulillah, berjaye gak pintu tu dibukak hampir 3 jam kitorang berusaha. Betul kate orang, usaha tangga kejayaan. Muahahaha.
Dugaan tu takdeler seteruk ape yang aku hadapi selepas itu. Bile pintu terbukak, maka berterbangan keluar aa habuk2 yang ade. Aku terus bersin tanpe henti sebanyak 16 kali. Badan aku terus jadi lembik. Aduss..aku diserang selsema yang agak teruk. Hidung aku dah melecet sebab asyik digosok. Buka petang tu aku rase ape yang aku makan semua tawar. Ayu ngan Roomate kate sedap jek diorang makan (eleh, diorang nak ampu aku sebab aku yang masak petang tu nak suruh masak nasi beriani lagiler tu!). Malam terpakse aku tido awal. Sakitnye idung aku.......
Saturday, November 8
Malang..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment