Ni first day aku menghadapi kuliah setelah sekian lame aku bercuti. Biaseler, hari first ni mesti aku kalut. Aku ngan Ayu silap masuk kelas first kul 8 tuh. Kelas english. Yang kelakar tu, dah setengah jam kitorang duduk baruler kitorang terperasan yang silap kelas rupenye. Bengang gak kitorang. Aku tersalah tengok. Aku ingat kat bilik C18 315 rerupenye kelas aku kat C18 215. Nasib baik kelas yang betul tu kat tingkat bawah tu jek. Kitorang yang sesat ni pun terpinge2 masuk kelas yang betul pastu buang tebiat gi duduk depan sekali. Lawak tul...
Jadual aku sem ni agak tak best. Banyak hari yang kelas sampai ke petang. Mase sem lepas cume hari Isnin jek yang ade kelas petang. Sem ni tetiap hari. Dahler lab aku petang Khamis. Sadiss tul. Tapi hari ni memang meletihkan bagi aku. Dahler panas terik pastu aku balik kolej jalan kaki pasal driver bas (si Ranggapemalas!!) tengah tido kat depan FAB (Fakulti Alam Bina). Hampeh tul die tu. Sampai bilik, aku terus tido sampai 2.30. Pastu, bangun terus semayang zuhur ngan tanak nasi. Petang ni aku nak masak nasi goreng Adabi. Hahaha. Instant seh.... Aku malas nak pi bazar kat parking FAB. Bukannye ape, aku pi sane tak nampak makanan pun. Aku nampak kepale orang ngan payung jek. Orang bukan main ramai. Berposak-posak (bak kate deskmate aku, Ida). Aku takleh bernafas. Hnsf..hnsf...udare...udare....
Monday, November 10
Letih..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment