Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, October 30

Tak Best

Aku rase tak best ari ni. Perut aku sakit pasal melantak lada jeruk bukan main mase makan mee hailam semalam. Hidung aku sakit pasal memang hidung aku berpenyakit setiap hari, elergi sejuk dan habuk. Kepala aku sakit pasal kejeduk kat pintu dapur pagi tadi (tuler, orang panjang cam galah..). Tekak aku sakit pasal makan kacang ngan sakan minum teh ais malam tadi. Bahu kiri aku sakit pasal salah tido (aku takleh tido mengiring ke kiri sebab tulang bahu aku pernah injured dulu). Memang tak best aa ari ni. Tapi alhamdulillah aku idup lagi...

Pagi ni aku ade pre-test moto. Mintak2 lepas aa so aku bleh amik real test hari Rabu depan. Jumaat depan aku dah kene balik Skudai sebab nak daftar subjek. Aisey, dah nak abis dah rupenyer cuti aku. Kengkawan aku ramai yang dah tau result tapi bile aku check malam tadi, aku punyer tak kuar lagi. Aku cuak gak, takut paper aku ade yang hilang ke. Mintak2, takde ape yang buruk berlakulah.

Pagi ni nenek aku bising pasal pokok paku langsuyar die mati. Ini menandekan bahawa skang ni memang panas giler. Pokok tu memang sensitif sket pada suhu tinggi ni. So, aku alihkan pokok tu kat tempat redup sket. Karang kalau mati pokok tu rugi sebab mahal woo.

Kepade Taufik : Best tak aku mention name ko kat post aku. Ko patut berbangge ngan jiran sebelah kampung ko yang baik ni hehehehe. Pakcik, aku nak alamat ko pasal aku yang rajin ni nak bagi ko kad raye ngan kuih raya alaf baru aku. Balak kat sane jambu2 tak? Tekelkanler aku mamat arab satu tapi aku tak nak yang idung mancung ye. Hehe. Rerajin aa tengok blog aku, nanti aku rajin tulis name ko. Amacam? Hahaha..

No comments: