Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, October 31

Sudah Tunai 10 Hak? [Edisi Jumaat]

Sebelum Imam Syafie pulang ke Rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut adalah kandungan wasiat tersebut : “Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara.”

1. Hak kepada diri – Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada

2. Hak kepada malaikat maut – Menqada’kan kewajipan2 yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kepada Allah

3. Hak kepada kubur – Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata2, memperbanyakkan solat Tahajud dan membantu orang yang dizalimi.

4. Hak kepada Munkar dan Nakir – Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati.

5. Hak kepada Neraca Mizan – Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

6. Hak kepada Titian Sirat – Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman, dan suka berjamaah.

7. Hak kepada Malik – Menangis lantaran takutkan Allah, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang2an serta bersembunyi dan memperelok akhlak.

8. Hak kepada Ridhwan – Berasa redha dengan qada’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

9. Hak kepada Nabi Muhammad S.A.W – Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada As-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

10. Hak kepada Allah S.W.T – Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Dipetik daripada Majalah Blues Selamanya

No comments: