Ya! Ya! Ya! Semua orang ponnn mahu yang itu. Yang berhati mulia, dedikasikan untuk orang yang lain, yang selfish, simpan untuk diri sendiri dan yang bijak bagi sama2 rase.
Sesiapa ponn mencari yang terbaik dalam hidup. Tak kisahlah waktu nak beli buah epal, nak buat satu team bola, nak tentukan juara AJL ataupon mencari member idup (errrr...maksud aku yang bakal berkongsi umah, kerete, toilet, katil, akaun bank dan anak.
Lantas, bermacam-macam batu aras ditetapkan bagi mencapai objektif inginkan yang terbaik. Tapi sebenarnye, terbaik itu macam cantik gak. Terlalu subjektif. Contohnye ketike membeli buah epal, kawan aku kata buah epal yang terbaik adalah epal yang berwarna merah menyala dan besar2 manakala aku plak kate kalau nak epal yang paling best mesti warna dia agak kekuningan sket pastu bila pilih tu picit2 sket rase ade lebam ke tak. Tapi sebenarnye banyak lagi nak dipertimbangkan - harga, rase dan jangka hayat. Susah kan sebenarnye. Itu baru pilih buat epal.
Korang mesti rasa marah kan bile sesuatu yang kita kate terbaik orang kata tak plak. Padahal kite sendiri tak pernah amik peduli bila orang kata sesuatu tu adalah terbaik tapi kite beria2 bangkang plak. Tak aci kan?
Kite melalui proses memilih ini setiap hari selagi kita hidup. Korang pernah dengar kan, practice makes perfect. Tapi dalam konteks membuat pilihan aku rasa pepatah omputih neh x valid. Walaupon berulang2 kali kita memilih tapi masih tetap ada pilihan yang salah betul kan? Sebab waktu memilih, banyak faktor luaran dan dlmn yang menekan kita. Kadang2 ble dah give-up, kite pasrahkan shj pada orang lain. Padahal tahu mungkin keputusannya tak seperti yang kita jangkakan.
Mungkin korang tersedar, kesukaran menentukan yang terbaik menyebabkan kita merasa benci membuat pilihan. Kadang berharap yang dlm dunia ini, kita tak perlu memilih, hanya menerima seadanya. Padahal manusia ponn benci dengan ketiadaan pilihan. Bayangkan keadaan bila semua orang terpaksa memakai baju, minum air, naik kenderaan yang sama dengan orang seluruh dunia. Tak ke kelakar keadaan macam tu?
So teruskan memilih. Buatlah pilihan yang terbaik mengikut kata hati tapi dengan pertimbangan yang wajar. Jangan biarkan orang lain memilih untuk kite supaya bile timbul kekesalan tak perlu letakkan kesalahan pada orang lain. Dan akhir sekali, yakinlah dengan pilihan kita.
Dan akhirnya, aku telah memilih untuk mkn selera Melayu malam neh setah mengharungi minggu selera antarabnagsa sepanjang minggu (entry neh akan ditulis lain kali). Yang terbaik tak semstinya yang terbagus. Haha..
Pleasant listening :Di Sebalik Rahsia Cinta by Metropolitan
Pleasant watching :Love Revolution on VCD
Friday, February 17
Terbaik
Labels:
My Point of View
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment