Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 11

Ceretera

Oklah, seperti yang dijanjikan aku akan cerita pasal wedding makcik aku dan SUKAM.

Wedding Day
Hari yang dinanti2 dah tiba. 12.12.2004 hari ahad tarikh yang dipilih. Cantik, memang cantik. Kad dicetak 1500 keping habis diedar. Tetamu yang datang memang ramai tapi sudah dijangkakan sebaba ini perkahwinan makcik aku yang paling bongsu. Kata orang Kelantan, hok ngelah nih. So pepaham jelar.

Malam sebelum majlis langsung tu diadakan majlis berzanji dan khatam al-qur'an. Hehe jangan tak caya aku kene baca rawi 4. Lancarler sebab seminggu dowh aku training setiap kali lepas semayang maghrib. Malam tu semua kene pakai baju warna biru. Malam tu gak diadakan majlis cukur jambul anak pakcik aku si comel Fatin Nuralia Ferrisa (ntah aku pon xtau nak ngeja name budak kecik neh). Pastu adelar bagi2 bunga rampai, bunge telur ngan manisan utk budak2. Yang paling best ade acarfa baling duit ngan coklat. Oleh sebab aku tukang baling mestilah aku dah save segenggam dalam kocek aku. Shhhhh...jangan ckp kat sesapa.

Oklah citer masa harinya plak. Pepagi buta aku dah kene kerah ke surau sebab temankan pengantin untuk acara akad nikah. Pagi tuh gerimis rintik2. Ph ye, tema untuk majlis perkahwinan neh kuning. Jadi rumah aku serba serbi kuning dari langsir, pelamin, alas meja kat dapur dan tak lupe baju memepelai berserta ahli keluarganya.Majlis akad nikah mengambil masa yang agak lama jugak. Imam lambat sampai pastu saksi lagi sorang hilang ntah ke mana. Akhirnya semua setel dalam kul 10.30 gitu. Niler first time aku tengok acara akad nikah. Bukan sekadar ijab dan kabul malah ade beberapa karangan yang perlu dibaca oleh kedua2 belah pihak serta khutbah.

Balik jek dari surau tengok orang dah ramai. Oh ye, keje aku arini belah pagi kene jadi pengapit, belah tengahari kene siapkan makan beradap dan belah petang jadi jurukemera. Hoho...penatnye....tak dapat dibayangkan. Dengan keadaan hujan renyai2 camtu, kain aku tak serupa orang lain. Warna oren aje. Hehehe. majlis bersanding mula kul 2.00 camtuh. Diserikan dengan paluan kompang dan persembahan barongan. Abeh sanding terus makan. Si Champ ngan Sopie ponn sampai. Tulah baru aku dapat duduk dan minum air. Lega rasenye. Bile meja dah kemas barulah kengkawan aku yang lain sampai. Datang nak basuh periuk gamaknya.

Malam tu diadakan acara doa selamat untuk keluarga sahaja. Lega rasanya bile semua dah berakhir. Masing2 muka memang penat gila dan dah demam (kecuali aku hehe). Yeler mane taknye, seminggu sebelum majlis macam2 keje yang nak dibereskan. Lainler aku, balik rumah ponn sabtu petang. Aku balik semua dah siap. Tapi masa siangnya aku memang kene paling teruk. Jalan ulang alik dari dapur ke rumah depan kalau disamakan jaraknya dengan jalan lurus maunya aku dah jalan sampai KL. Hehehe

Pagi Isnin dengan selambe yayanya aku ponteng kuliah KTO yang berkuiz. Aku kene basuh periuk. Petang Isnin baru aku balik.Balik terus training bola tampar. Selasa ade match.

Gi Perak

Ni kira acara berbalas lah neh. Seminggu genap lepas majlis kat umah aku. Mula2 aku ingat tak pegi sebab aku kene main netball untuk SUKAM. Tapi bile teringat iklan kat TV - family first, aku terus aje kemas barang balik kampung. Aku balik sabtu pagi dengan pakcik aku. Malam tu jugak kitorang bertolak ke Perak naik bas. Best woo, naik bas. Hehehe. Bertolak dari sini kul 11 malam. Aku telah berjaya mencipta rekod tidur tanpa bangun sampai kat Ipoh. Walauponn bas berhenti lebih dari 7 kali aku bantai tido gak. Bangun2 dah sampai hentian untuk semayang subuh. Lepas sembayang kitorang terus ke rumah kakak pak usu aku untuk mandi-manda dan bersarapan. Pastu kitorang gi pusing2 bandar Kuala Kangsar. Wargh..aku kene jadei baby sitter. Jage 5 orang sepupu aku. Parents derang sebok shopping orkid (tengah ade pameran kat sana). Tengah hari kitorang balik semuala umah tu dan bersiap untuk majlis kat Bukit Gantang.

Majlis kat Perak awal sket. Dalam tengahari camtu.Yang tak bestnye, semua lauk ayam. Dahler aku tak brape gemar makan ayam. Tapi dessert die memang first class. Sedap gile. Aku tapau sampai 3 bekas. Memang muke tak malu. Dalam kul 1.30 dah bertolak balik ke Johor. Dalam kul 11 dah sampai. Aku balik JB esoknya dan ponteng kelas KTO lagi. Nasib Baiki Dr Razak cancel class aritu.

SUKAM

This year ntah ape angin aku join SUKAM. Aku ingat nak main netball tapi tengok volley takde orang so aku main volley. Syok gak sebab game die jauh2. Kelainan, selalu aku main spiker, kali neh aku kene main setter merangkap blocker. Aku tak kisah bubuh mane2 pon janji aku dpt pakai nombor bertuah aku - 12. Kitorang johan kumpulan kalahkah K9, K12&13 dan KTR. Semi final ju pe KP. Tak sangke plak kalah padahal die main satu setter satu spiker berbanding kumpulan aku ade 2 setter 3 spiker. Nasib malang tul. Pastu, kitorang lawan KTHO unutk tentukan tempat ketiga. Aku tak main game neh disebabkan Cha'in main. Tapi game neh sangat teruk. Aku yang kat luar plak tensen orang tanya aku kenapa tak main. Last2 masa rubber set aku pon teramat diperlukan.

Bayangkanlah semua mata menghala ke aku. Macam ade spotlight gitu. Semua orang menaruh harapan yang tinggi pada aku untuk mengubah keadaan. Seperti biasa, aku takkan mengecewakan. Disaat kedudukan 14-13, bola gantung (bola tinggi atas net 50-50) yang terakir aku spike dapat diangkat oleh pihak lawan dan diorang angkat untuk dispike. Macam magic aku block bola tu dan hehehe....suspen tak? Mestilah kitorang menang pastu. Pengadil kata kalau ade anugerah best blocker, akulah yang dapat. Hehehe...poyo tul

Lebih best lagi 3 hari lepas tuh kitorang dapat tau KTR (johan) disqualified so kitorang jadi naib johan ler kirenye. Hohoho...

Okler tu aje ceritanya. Oh ye aku nak ke KL luse sebab ade lawatan industri ke FRIM. Aku harap bestla ek? Gambar2 wedding aku upload sket2. Sila click pada Cameo di sebelah kiri anda ok?

Pleasant listening :Rasa by Nitrus
Pleasant watching :Family Man on TV3

No comments: