Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, September 27

Yang Kecewa..

Aku balik kampung minggu neh. Balik pon x tenang hati sebab banyak bende yang x setel. Aku balik sebab nak hantar baju kat tukang jahit. Aku nak wat kebaya utk majlis perkahwinan makcik aku nanati. Aku reti jahit baju kurung jek. Officially, majlis akan berlangsung pada 12 disember 2004. Pada rakan dan taulan, jemputlah hadir untuk jadi penanggah. Tapi xde elaun tau..

Oleh kerana aku balik sehelai sepinggang, aku habiskan masa aku menonton VCD. Aku tengok semula 'Cinta 3 Musim' tapi musim pertama ngan kedua jek. Secara overall nyer citer nih mengisahkan pencarian soulmate. Dah jumpe tapi pada masa yang salah. Tapi aku x kesian pon kat Ayuni. AKu kesian kat Shiela, Budi dan Mira. Kenape yek?

Klw tengok cerita percintaan, aku lebih suka melihat watak mereka yang kecewa. Bagi aku watak itu lebih realistik dan mengesankan. Wajah2 kecewa semacam itu sepertri memberi gambaran sebenar kehidupan. Lupekan kisah cinta dewa-dewi atau hidup atas angin sebab itu cume plastik. Polimer yang memang x mampu dimusnahkan tapi memberi kesan negatif kepada alam sekitar. Hehehe....

Kata Imran, die rase sempurna bila jumpe Ayuni semula. Malah die kata die cuba cari Ayuni dalam diri Shiela. Bagi aku, itu sangat tidak adil untuk Shiela. Memang die orang yang kedua hadir dalam hidup Imran tapi Imran tak wajar dibayangi Ayuni sebab Shiela adalah Shiela dan Ayuni kekal cinta nombor satu die yang dah berlalu. Tapi ape nak wat. Ayuni tu soulmate die..

Korang percaya x pada soulmate? Aku percaya pada deskmate dan roomate jek. Huahuahua.

Aku ade presentation Jumaat neh. Wish me luck...hopefully...from being ambush by Rashid. He keep haunting me from last semester in english class. What a jerk..

Pleasant listening : Cinta Seorang Sahabat by Bob AF2
Pleasant watching : My Wife Is 18 on 8TV

No comments: