Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, September 17

.....

Angah,

Hari ni merupakan ulangtahun kelahiran awak yang ke-21. Seperti biasa, seperti 3 tahun sebelum ni, kita nyanyikan lagu 'Happy Birthday' untuk awak walaupun awak tak pernah mendengarnya. Takpela...janji kita tak pernah lupa birthday awak. Tiada hadiah yang boleh kita titipkan memandangkan kita berdua pun mungkin takkan berjumpa lagi. Jadi, hanya doa dan harapan mengiringi langkah awak menjejak usia 21 ini. Semoga Allah beri awak kesihatan yang baik, kelapangan hati dan keterangan minda. Dan, semoga awak semakin matang dan bijak merencana perjalanan untuk hari esok. Gembirakanlah insan yang awak sayangi di sisi awak kerana sesuatu yang indah amat sukar untuk berulang. Macam kita, satu yang indah dalam hidup kita, satu itulah...awak. Awak tak mungkin lagi jadi milik kita. Tapi terima kasih untuk kenangan itu. Walau apa pun yang terjadi, awak tetap dalam hati kita. Sori sebab ki tak mampu nak buang awak dari hidup kita. Izinkan kita untuk terus mengasihi awak, orang yang pernah beri pelagi dalam hidup kita. Take care. I miss U and will always miss U dear....

Regards,
alana

No comments: