Minggu neh memang agak suwei untuk aku. Macam2 yang berlaku. Geram ade, lawak pon ade. Ituler nasibku.
Rabu
Atas kehampesan MacAfee maka loker dan pintu bilik aku yang jadi mangsa keganasan aku tak pasal2. Dan kakak aku plak jadi mangsa kene dengar secara paksa rela segala rungutan aku. Aku memang xleh lappy aku sakit. Aku rase terbakar jek. Kesian gak kat roomate aku yang kene marah cume sebab tak parking moto aku bebetul. Sori beb.
Khamis
So, petang tu aku gi install anti-virus baru kat Tmn U. Aku tukar pakai Northern aa plak. Senang sket nak update. Aku pakai moto Kak Is sebab die suruh tolong isikan minyak. Yang suweinya, aku kene saman ngan pak guard atas kesalahan melalui kawasan akademik. Setelah setahun lebih sku duk situ baru aku tau yang jalan kat D06 tuh xleh masuk. Aku bajet jalan yang FAB jek yg xleh lalu. Nasib baik aku teringat nak bawak kad matrik. Kalau x lagi banyak aku kene saman.
Jumaat
Abeh amali aku ngan Changlun ke Tmn U beli arang ngan barang2 yang x cukup lagi. Pastu kitorang ke Jusco plak. Kali neh memang triple suwie sebab kunci moto aku plak tercicir ntah kat mana. Aku rase memang nak gelak masa tuh sebab mengenangkan nasib aku 2-3 hari neh. Sudahnya moto aku bermlam kat situ sampai ahad. Aku call Zana amik aku. Malam tuh masak aku kene marah ngan ibu aku. Sedih tul. Barbeque tetap berjalan seperti yang dirancang. Ramai gak yang datang. Bebudak SSC yang duk Kolej 13 jek. Bebudak K9 xde transport nak datang. Lain kali aku ingat nak wat kat sana plak. Baru best kalau lagi ramai.
Sabtu
Malam plak tengok AF kat KTF Bistro. Kesian Zarina keluar. Supposed to be Nurul aa. Persembahan Bob memang superb malam tu. Abeh AF tetibe Sopie hantar message. Tombol pintu die rosak pastu roomate die stuck kat dalam. Tuler duk suruh aku mandi bunge untuk hilangkan suwei rerupanye dia plak dah take over bad luck aku. Kesian...
Ahad
Cam biase gi balai cerap. Geng Zana x join sebab tengok midnight pastu x larat nak bangun. Rasa dekat jek sebab dah tau jalan. Hari ni x ramai yang naik. Mungkin dah turun kot sebab kitorang bertolak lambat ari ni. Kitorang turun dalam kul 9.30. Lenguh kepla lutut aa.
Petang aku duk kat bilik jek. Tunggu pakcik aku datang bawak kunci pendua moto. Bleh aa aku amik moto ari neh.
Pleasant watching : View dari atas Balai Cerap
Pleasant listening : Memori Cinta Luka by Nassier Wahab
No comments:
Post a Comment