Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, May 13

Abehhh....

Dengan sukacita dimaklumkan bahawa aku telah menamatkan semester pendek ini dengan rasminye setelah selamat aku menjawab final exam sebentar tadi. Hohohoho...sangat suke hati. Aku balik umah esok pagi dan datang semula ke UTM pada 18 Jun untuk pendaftaran sebagai 3rd year student. Walaupun aku rase tak berape elok aku jawab soalan objektif tadi tapi yang penting, it's over. Aku sudah tidak perlu jadi superman yang dok berulang dr BP ke JB. Muehehehe.

Oh ye, motoku juga mungkin turut pulang bersama kerana aku sudah mengambil keputusan untuk tidak membawa kenderaan pada sem akan datang. Sangat kedekut hendak keluar duit minyak sebenarnya. Adik aku yang bawak balik moto tu karang. Bertuah aa ibu aku nak bagi aku bawak dr JB moto tu. Silap2, aku balik umah moto masuk workshop lagi.

2-3 menjak ni aku rase luke2 aku accident aritu asyik berdenyut2 lebih2 lagi biler aku tengah main basketball. Aku ingatkan pedih sebab kene peluh tapi waktu tak berpeluh pun aku rase pedih. Wooo...sakit tau. Paling sakit yang kat lutut dan kat tangan. Dah aa stylo. Kwang3. Sangat perasan.

Esok aku singgah Angsana lagi sblm balik umah. Pakwe aku wat hal lagi. Kali ni button bawah plak takleh tekan. Sabo jelah aku ngan pakwe aku yang cikai ni. Yeler, nak beli yang harge dekat seribu aku tak mampu. Redha ajeler kalau die meragam.

Aisey, dah lambat. Aku nak turun main. Babai!

P/s - MIZA - Wah! Kau sangat sombong. Dapat U mane wei? Tepon aa aku. Umah ye, jgn henset. Rindu kambing kat kau. Huhahuahuahaahahaha!

No comments: