Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, March 22

Hipokrit

Semenjak cuti ni aku rase aku asyik termenung. Kadang2 aku rase geram plak pada diri sendiri atas habit aku yang agak menensenkan kepala otak sendiri. Aku akui, aku agak tertekan sejak study week lagi. Tapi bukan sebab exam tapi sebab otak aku cam jadi panggung wayang, duk tayang citer2 lepas. Terlalu banyak peristiwa yang berlaku sepanjang tahun lepas dan tahun ni. Terlalu banyak yang menguji kesiumanan aku. Banyak yang tak best daripada yang best. kadang2 aku rase cam aku ni lembu yang terpinge2. Orang kata, yang dah lepas biarkan berlalu. Memang aa, tapi cakap memangler senang, tapi nak buat camtuh rase sampai nak putus nafas. Depan memember, aku cam biasa. Ketawa, wat lawak, melalak dan membakar semangat orang lain untuk terus hidup. Refleksi yang aku tampilkan kelihatan begitu meyakinkan - kuat, berani, yakin, positif dan penuh semangat. Tapi sebenarnya, aku takler camtuh. Hipokritkah aku?

Ramai kate aku ni independent. Semua urusan tak menjadi masalah bagi aku. Aku bleh lakukan segalanya tanpa bantuan orang lain. Tu orang kate tapi bukan aku yang kata. Aku pun manusia biasa yang diciptakan dengan kelemahan dan batas kekuatan tersendiri. Sekuat mane kuatnye semangat, tenaga mahupun minda aku, kadang2 sampai satu tahap aku akan jatuh tersungkur jugak dan perlukan orang untuk tarik tangan aku untuk aku bangun dan kembali berlari. Aku bukan Xena (ramai kate aku camtu). Aku penat jadi diri aku skang nih, diri aku yang hipokrit. Selalu aku cakap kat orang, kalau ade ape2 luahkan sahaja kerana aku sudi mendengar tapi baru aku sedar selama ini aku dah jadi orang yang susah nak luahkan apa yang betul2 tertulis kat hati aku. Bukan aku memendam tapi tak terzahir. Aiyark!!! Susah betuller.... Ni pun aku tak tau nak habaq lagu mana.

Wargh!! Demam tak kebah lagi. Tapi aku lanyak gak berpanas naik moto cari keje yang tak dapat2, sumbat 20 biji 3 point mase main basketball, redah hujan gi makan kat Tmn U. Tak paham aa dengan diri sendiri yang degil + banggel.




No comments: