Huarghh! Ngantuk gile arini. Nak kate tidur lewat, aku tidur kul 12 sharp. Ngantuk2 pun aku kene bukak buku gak. Pagi ni cam biase aku bukak KO. Aku ingat nak tgk sket2 IR ngan lipid. Best gak bab lipid ni tapi yang buhsannye aku kene korek balik nota2 KO sem lepas sebab soalan final die ade tanya pasal tindakbalas alkena ngan alkohol. Mane aku ingat. Hampeh tul. Nasib baik aku tak buang lagi.
Secara amnya, ape yang aku belajar dalam lipid ni adalah tentang jenis2 lemak, molekul asas yang membentuknya, sintesis, analisis dan tindakablas. So, sape yang nak wat ujian lemak dalam badan bleh aa jumpe aku. Kalau nak sendiri pun boleh gak. Mudah jek. Korang pegi tengah2 panas cam tengah padang waktu petang2 ke, pastu korang teguk KHSO4 (kalium bisulfat). Kalau korang terbau tengik, memang confirm badan korang banyak lemak (sebab akrolien yang terhasil akibat tb gliserol dgn KHSO4 terbebas). Huhuhu. (adik2 dinasihati tidak melakukannya dirumah kerana amat berbahaya..nanti berlaku mutasi plak!)
Exam officially mule bulan 3 tapi aku ade 2 paper yang kene amik awal. Selalunya paper yang 2 kredit. Yang terdekat, aku akan amik paper TITAS (Tamadun Islam dan Tamadun Asia) jumaat ni. Subjek membace...pepaham jeler ape yang akan berlaku pada aku 2-3 hari ni. Persedian awal, aku dah beli satu plastik chewing gum dan sebungkus Nescafe. Aku harap aku boleh bertahan dan bernyawa sampai hari jumaat. Gambate!!
Tuesday, February 24
Kolestrol
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment