2003 telahpun melabuhkan tirainya hari ini. Banyak gak pengalaman suka duka yang aku lalui sepanjang tahun ni. Bermula awal tahun pada januari aku kene handle camping kat Hutan Lipur De Bana dan dapat anugerah AJK Terbaik. Aku gak mengikuti lawatan Bio ke Taman Pertanian Malaysia kat Bukit Cerakah. Bulan febuari aku menduduki final exam kat matrik. Sementara menunggu result kuar aku menimba pengalaman mengajar tuisyen secara kecil-kecilan untuk subjek english and maths untuk student primary school. Bulan april aku dapat result yang menunjukkan peningkatan berbanding semester 1. Bulan mei aku dapat tawaran bertapa kat UTM dalam jurusan yang paling aku minat iaitu Kimia. Yang paling aku happy niler pilihan pertama aku dalam borang yang aku apply dulu. Yeler, kebanyakkan memember aku dapat pilihan keempat atau kelima. Kire bertuah giler lah aku ni.
Jun,aku mula mendaftar kat UTM, melalui minggu orientasi yang tak kurang hebatnya berbanding orientasi kat MRSM KT dulu. Pastu tragedi di’ambush’ bedak mase celebrate birthday aku and jamuan kat Nando’s yang menyebabkan aku menitiskan air mata kepedasan akibat order yang tahap pedas 5 punye. Bulan julai, aku pi camping kat Alai dan aku dapat anugerah Peserta Terbaik ( aku macam tak percaye jek, aku rase diorang salah tengok kot.) Aku n kroni berkenalan ngan Kak Mar dan Abg Raja kat La Isfadora yang berlangsung kat Pusat Ko-ku. Bulan ogos plak aku terlibat dalam penganjuran Bengkel Keselamatan UTM di bawah jawatankuasa pendaftaran. Bulan september, aku tengok konsert Saujana kat DSI. Tapi bulan September banyak memberikan kesan pada hati aku sebab perasaan aku berubah secara mendadak dan tak konsisten. Bulan ni gak terdapat satu hari ‘air mata’ di mana satu hari tu, ade orang tu buat aku yang brutal ni menangis sampai badan aku lemah takde tenaga. Kenape dan bagaimana, biarlah aku sorang yang meyimpannya.
Bulan oktober, aku menduduki final exam sem 1 dan menikmati semester break selama sebulan. Blog aku plak oficially dipublish untuk tatapan umum. Aku amik lesen motor selain dari menjalani rutin hidup di waktu cuti yang sungguh membuhsankan. November, aku mula mendaftar semula kat UTM pada bulan Ramadhan. Sambut hari raye seperti tahun2 yang lepas. Penutu tirai 2003, disember merupakan antara bulan yang akan dikenang seumur hidup sebab aku accident sampai MC seminggu. Bukan setakat tu, accident ni meninggalkan parut stylo kat muke, tangan dan kecederaan kepala lutut yang tak sembuh sampai skang nih. Begitulah kisah hidup aku di tahun 2003. Tapi aku agak terkilan sebab tahun ni aku menggantung tak bertali gelaran spiker, sharp-shooter dan 3 pointer disebabkan tiada kengkawan aku yang berminat dalam bende2 camni. Kire tahun ni tahun tidor @ hibernasi akuler. Aku sangat berharap tahun depat aku dapat kembalikan apa yang sepatutnya milik aku. Asatalavista 2003!!!!
Wednesday, December 31
Imbasan 2003
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment