Secara rasminya blog aku dipublish hari ni. selama ni jadi cam private jek. so aku maleh nak promote kat orang. perancangan nak publish dah lama tapi x cukup lagi isi die. so sorryler kalau kali ni macam x best lagi. aku sedang sedaya upaya mengcunkan blog ni. memandangkan aku baru belajar, adat aa x lawa sangat.
Aku pun pening kepala 2-3 menjak pasal dok pikir pasal blog ni. malam tadi tido pun x lena. otak aku yang selama ni cukup malas nak bergerak ni laju berlari malam tadi. ape agaknye pengisian blog aku agar menarik dan membosankan. friendy user yang pasti. tapi aku bukannye ade banyak kesempatan utk duduk depan laptop 24/7 untuk mengerjakan benda alah ni walaupun skang ni aku tgh duk kat umah dan bercuti. mungkin pelik kan? tapi xpe aa..aku citer esok.
So aku survey blog2 orang lain. kesimpulan yang bleh dibuat, diorang punyer menarik, interaktif dan friendly user. aku banyak belajar dari survey tu. aku cube wat kat blog aku. kesannye aku duduk kat depan laptop 5 jam semalam dan skip satu rutin harian aku iaitu memasak untuk belajar bende tu. berbekalkan pengetahuan subjek visual basic yang aku pulun mase sem lepas aku mula paham camne blog ni dikerjakan. tapi adat belajar tak berguru, apa sangatler yang aku dapat. tapi hasilnye, not bad (itu aku kateler..).
Boleh gak aku katakan blog ni kerja ciplak aku yang memang cukup handal dalam bidang plagiat ni. oleh itu, aku nak menyusun jari sepuluh kepada semua tokey2 blog yang aku ciplak-rudy,atik,e-take,abe,ime,hanyasayang dan sesiapa sahaja yang terasa cam aku ciplak diorang. mintak maaf banyak2. don't charge me ok?
Mase minggu lepas aku dok merungut boring. Yeler aku duk wat bende yang sama setiap hari. skang ni plak aku plak pening nak settle kan blog aku plak. hmmm...giniler manusia. tak pernah pueh dengan ape yang dah ade.
Minggu depan mungkin aku abih boring kot. kengkawan aku dah start cuti. aku jek yang hampeh, cuti awal pastu naik pun karang awal daripada orang. adus. sedihnye.
Aku ade banyak file mp3 yang best tapi nak kene buang sebab dah jadi kenderaan berat dah laptop aku yang bersaiz kete kancil ni. sape2 rase nak bleh aa aku bagi daripada aku buang begitu saje. membazirle plak rasenye. atau ade sesape nak bagi mp3 linkin park pun bleh gak habaq mai kat aku. hehehe. amiik peluang plak.
Aisey dah xde idea aa nak kate ape lagi. esok sambung aa. sebelum tu aku ade satu lirik yang nak dikongsi bersama. tajuk lagu ni Antara 2 Cinta nyanyian kumpulan nasyid favourite aku(sejak diorang dtg wat konsert kat UTM) Saujana.. hayatilah ye.. salam penuh keboringan. adiosszz
Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap barukan terasa
Bila sudah di dalam genggaman
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman
Dunia ibarat air laut
Diminum hnaya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana
Indah di mata namun tiada
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang2
Dilihat ada ditangkap hilang
Tuhan leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidak ku mampu
Mengumpul 2 cinta
Hanya rahmat Allah
Kuharap subur
Dibajai bangkai
Nafsu yang kubunuh
No comments:
Post a Comment